Thursday, June 23, 2011

Tidak Lama dahulu ...

Lima tahun telah berlalu sejak plot pertama j/psi saya. J/Psi adalah sejenis meson. Dalam plot ini, j/psi terhasil dari pelanggaran elektron dengan proton di pengesan ZEUS.

Bagaimana hendak mencari j/psi ? Cari sahaja elektron/positron atau muon/antimuon & rekonstruk j/psi.

Nampak macam senang bukan ? Tetapi kod yang digunakan, kalau dicetak di atas kertas A4, dalam 4-5 mukasurat jugaklah.

Kajian lain di ZEUS boleh dilihat di sini.

Plot di atas dijanakan menggunakan perisian PAW dan bahasanya adalah Fortan77. Kebetulan pula  fotran merupakan bahasa kedua yang saya belajar selepas Pascal (semasa ASASI) .

Sekarang, ramai sudah beralih menggunakan perisian ROOT daripada PAW. Lagi pun c++ lebih memberi nilai tambah kepada pelajar/penyelidik daripada fortan77.




Cuba bayangkan betapa kompleks kod untuk pencari Higgs Boson atau zarah Supersimetri. ! Kalau anda perasan, luminositi LHC sedang diusahakan > 1fb^1 :-D



No comments: