Lima tahun telah berlalu sejak plot pertama j/psi saya. J/Psi adalah sejenis
meson. Dalam plot ini, j/psi terhasil dari pelanggaran elektron dengan proton di pengesan
ZEUS.
Bagaimana hendak mencari j/psi ? Cari sahaja elektron/positron atau muon/antimuon & rekonstruk j/psi.
Nampak macam senang bukan ? Tetapi kod yang digunakan, kalau dicetak di atas kertas A4, dalam 4-5 mukasurat jugaklah.
Kajian lain di ZEUS boleh dilihat di
sini.
Plot di atas dijanakan menggunakan perisian
PAW dan bahasanya adalah
Fortan77. Kebetulan pula fotran merupakan bahasa kedua yang saya belajar selepas
Pascal (semasa
ASASI) .
Sekarang, ramai sudah beralih menggunakan perisian
ROOT daripada PAW. Lagi pun c++ lebih memberi nilai tambah kepada pelajar/penyelidik daripada fortan77.
Cuba bayangkan betapa kompleks kod untuk pencari
Higgs Boson atau zarah Supersimetri. ! Kalau anda perasan,
luminositi LHC sedang diusahakan > 1fb^1 :-D