Post beliau di Facebook juga mendapat reaksi yang berbeza-beza di kalangan fizikawan tempatan.
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman peribadi sewaktu kumpulan fizik zarah UM mula-mula berpakat dengan pakatan ZEUS.
- antara pelajar-pelajar awal yang terlibat ialah saya sendiri (berhenti separuh jalan kerana masalah peribadi), cik Zulidza (kini di Sime Darby) & Pn Faridah (wakil Agensi Nuklear Malaysia)
- seperti yang tertulis di website ZEUS-Malaysia, tugas asasi kami ialah "reimplementation of Read-out Control of ZEUS calorimeter.
- waktu ini, saya diarahkan belajar bahasa verilog dan website ini menjadi teman setia saya ketika itu
Apabila bercakap berkenaan dengan masalah fizik pula, sebenarnya banyak masalah yang boleh dipilih (ya, sama ada anda pilih masalah sendiri atau mendapat syor daripada supervisor anda). Misalnya dalam pakatan ZEUS, terdapat beberapa kumpulan. Perkara yang sama juga untuk pakatan-pakatan yang lain.
Ok, jika anda baru hendak berkecimpung dalam bidang ini, apa yang diperlukan ?
- mendapat pendedahan C++, kerana analisis fizik dilakukan menggunakan ROOT (dalam kes saya dahulu, kena belajar Fortran/PAW(Physics Analysis Workstation)
bersambung...
No comments:
Post a Comment