Tuesday, May 18, 2010

Sai - fai : Tema Lohong Hitam (I)

Tulisan ini ditujukan khas buat peminat sai-fai di tanahair malaysia.

Sepanjang pengetahuan saya, tidak ramai penulis fiksyen sains tempatan yang menggunakan tema lohong hitam (orang putih panggil black hole, ;-)) dalam karya mereka.

Saudara Ahmad Patria dalam antologi Mustafa (diterbitkan dalam Dewan Kosmik pada 1990-an), ada secara sepintas lalu menyebut lohong hitam. Dalam karya beliau, konsep lohong hitam telah digunapakai untuk penyebaran umat manusia ke serata Bimasakti.

Saudara Firdaus Arif (penulis Saga Empayar Kristal) secara tidak langsung turut menggunakan konsep lohong hitam dalam cerpennya Gapura Dimensi. Dalam kes ini, ia digunakan untuk ke dimensi lain.

Baiklah,sekarang beralih kepada fakta sedikit.

Kewujudan lohong hitam dibenarkan menurut Teori Kerelatifan Am Einstein (Oh ya, ada satu lagi teori Einstein -Teori Kerelatifan Khas- yang kita mengenalinya dengan persamaan E=mc^2). Secara mudahnya, teori ini menyatakan graviti dalam sebenarnya suatu lengkungan dalam fabrik ruang-masa. Di belek sejarah, seorang fizikawan Jerman, Karl Schwarzchild, telah menggunakan teori Einstein ini, untuk menunjukkan ,jika sebuah bintang yang besar (lebih besar dari matahari kita) dimampatkan ke dalam satu titik (ya, titik noktah yang sering kita tulis di atas kertas tu),bintang itu akan menghasilkan satu kuasa medan graviti yang cukup kuat, hinggakan cahaya (dari bintang itu sendiri) tidak dapat keluar ! Tetapi, ada satu sempadan dimana cahaya boleh bebas dari cengkaman graviti iaitu "ufuk peristiwa" (event horizon). Pusat (core) lohong hitam pula dipanggil titik singular (singularity).


Kita tinggalkan kerelatifan am, dan tumpu kepada apa yang kita boleh pakai untuk penulisan cerpen/novel.

Untuk mengggunakan lohong hitam untuk tujuan ke dimensi/ruang/tempat lain dalam galaksi kita, anda perlu:

1. Cari lohong hitam berat jisimnya (supermassive blackhole). Contoh yang terdekat adalah pusat galaksi bima sakti sendiri.

2. Cari lohong hitam yang berputar macam gasing ( spinning blackhole)

3. Cari lohong hitam yang telah lanjut usianya

Tujuan ketiga-tiga ciri di atas adalah untuk mengelakkan Si Pengembara ( yang nak masuk lohong hitam tu lah) mati akibat dirobek oleh graviti di titik singular.

Bacaan tambahan :
1. membongkar misteri lohong hitam penyedut kosmos
2. Black holes

1 comment:

paweh said...

item lain selain lohong hitam ?

1. Teleportasi

2. Pengembaraan Faster-than-light (FTL) ala2 StarTrek

3. Sumber tenaga daripada ruang vakum[zero point energt] (alternatif kepada bahan api fosil)

4. peranti halimunan (cloaking device)

5. Pengembaraan merentas masa

6. lain-lain