Saturday, January 22, 2011

Simetri Semalam

Membaca artikel Gordon Kane mengingatkan saya terhadap minat saya ketika di tahun kedua[atau ketiga] di UM. Boleh dikatakan hampir setiap hari [jika ada masa terluang] saya ke tingkat 3 perpustakaan utama, mencari artikel berkenaan dengan superstring theory !

Ya, ketika itu Pendeta WebPac pun belum ada. Malah, akses ke sciencedirect [atau database lain] pun tiada ! Malah google pun belum sepopular sekarang. Yang ada, hanyalah kecekalan membelek jurnal [selalunya Jurnal Fizik Amerika] & majalah Scientific American & Physics Today.

Hasil akhir,  2 - 3 [rasanya lebih] kotak yang penuh dengan salinan fotostat jurnal & artikel yang saya fikirkan menarik untuk dihadamkan :D

Barangkali ada betulnya pesan orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pelajar fizik hari ini, pada saya boleh disifatkan beruntung kerana diberi banyak kemudahan [buku teks boleh rapidshare sahaja !]. Cuma yang perlu ada semangat [intrinsik] dan azam [ atau momentum] yang kuat untuk mengejar apa yang diinginkan [bukan mengejar markah A, tapi mengejar ilmu itu sendiri{atau mencabar minda sendiri}].

Simetri semalam [you can call it experience, if you want to] memang indah jika di amati. Terutama di nilai selepas 3-4 tahun selepas bergraduat. Dan lebih istimewa jika kerja anda sekarang adalah cerminan masa lepas.

Ah, simetri semalam !

Nota : Buku diatas di cadangkan untuk bacaan [ perpustakaan UM ada ! Saya pernah baca :D ]

1 comment:

AAM said...

Kalau baca buku2 ni boleh ganti prof WATWA!