Seorang rakan pejabat selalu mengejek saya dengan perkataan seperti tahyul, sains fiksyen & star wars.
Sebabnya?
Kerana saya peminat tegar fiksyen sains ;-)
Nota : saya tidak pernah membaca novel Harry Potter ;-)
Wednesday, June 30, 2010
Tuesday, June 29, 2010
Quantum Entanglement ?
Quantum Entanglement @ macrosopic level ? Linear collider. Parallel universe ?
Cuba tonton Flashforward.
Cuba tonton Flashforward.
Monday, June 21, 2010
Bila neutrino bersidang...
Persidangan antarabangsa tentang fizik neutrino dan astrofizik sudah melabuhkan tirainya.
Slides dari persidangan boleh didapati di sini.
Slides dari persidangan boleh didapati di sini.
Wednesday, June 16, 2010
Merentas masa dengan LP ?
Hawking pada 1992 cuba menyanggah bahawa merentasi masa adalah mustahil. Lihat chronology protection conjecture.
Sejak itu, banyak cubaan dari fizikawan untuk membuktikan sebaliknya. Barangkali, ilmu matematik yang kita tahu hari ini belum cukup.
Sejak itu, banyak cubaan dari fizikawan untuk membuktikan sebaliknya. Barangkali, ilmu matematik yang kita tahu hari ini belum cukup.
Friday, June 11, 2010
Jadi Kaya dengan Harta Intelek ?
Pada 9 -10 Jun, saya berkesempatan menghadiri Intellectual Property Monetisation Conference 2010 di PWTC.
Ini merupakan pendedahan rasmi peratama terhadap harta intelek. Di Malaysia, agensi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ini adalah Myipo.
Persoalan yang menarik untuk ditanya. Apakah maksud harta intelek ?
Dalam laman web Myipo, terdapat 6 item yang tergolong dalam kategori harta intelek. Bagi definasi, bolehlah klik pada setiap satu item tersebut.
Yang mustahaknya, jika anda ada idea tentang apa-apa perkara dan mempunyai nilai dari sudut duit, boleh sahaja anda failkan patent, trade mark atau lain-lain di atas.
Rajah di atas memperlihatkan kita tentang kitaran harta intelek.
Satu lagi persoalan:
Dalam kontek sebuah syarikat, barangkali rajah diatas relevan (atas faktor-faktor dana), tetapi bagaimana pula dalam konteks individu ?
Berita perdana boleh rujuk di Berita Harian dan Utusan.
nota: insya-allah, di lain waktu saya akan kongsikan input dari penceramah.

Rajah: dari laman Myipo

Rajah : slide dari Mr. Soo Earn
Rajah di atas memperlihatkan kita tentang kitaran harta intelek.
Satu lagi persoalan:
Dalam kontek sebuah syarikat, barangkali rajah diatas relevan (atas faktor-faktor dana), tetapi bagaimana pula dalam konteks individu ?
Berita perdana boleh rujuk di Berita Harian dan Utusan.
nota: insya-allah, di lain waktu saya akan kongsikan input dari penceramah.
Tuesday, June 08, 2010
Nilai diri ?
Rumus diatas saya dapat daripada seorang kawan yang berkecimpung dalam bidang insurans.
Rumus diatas digunakan pakai untuk menginsuranskan pendapatan anda sekiranya berlaku musibah keatas diri anda (syarat-syaratnya barangkali perlu dirujuk agen insurans sendiri).
Nilai 0.10 adalah nilai yang boleh diubah-ubah. Disini , kitaassume anggap dividen ASB ialah 10% (maybe less).
Katakanlah gaji anda sebulan RM 2,000 dan anda mempunyai keluarga untuk ditangggung (isteri atau ibu/bapa/adik2). Berdasarkan rumus diatas, nilai diri anda adalah = RM264,000
Rumus diatas digunakan pakai untuk menginsuranskan pendapatan anda sekiranya berlaku musibah keatas diri anda (syarat-syaratnya barangkali perlu dirujuk agen insurans sendiri).
Nilai 0.10 adalah nilai yang boleh diubah-ubah. Disini , kita
Katakanlah gaji anda sebulan RM 2,000 dan anda mempunyai keluarga untuk ditangggung (isteri atau ibu/bapa/adik2). Berdasarkan rumus diatas, nilai diri anda adalah = RM264,000
Friday, June 04, 2010
Penantian bakal berakhir ?
Post ini lanjutan daripada sini. Akhirnya, saya mendapat reply dari pihak dawama.
Thursday, June 03, 2010
Kantok ketika mengaturcara ?
Kepala dah tak center akibat melibat k0d-kod,
ubatnya :
Lagu asal disini, tapi versi yang ini lebih menarik.
nota: Lagu zaman-zaman sekolah
Wednesday, June 02, 2010
Melengkapkan Koleksi Saga Artakusiad
Baru sahaja selesai puchase beli 3 buku siri saga artakusiad dari Dawama, yang masih tiada dalam koleksi saya. Permata Aurorius, Puteri Alindalia dan Pedang Aurora .
Seterusnya, adalah terus berdoa agar Abang Pat dapat menyelesaikan buku yang ke-8 (khabarnya bertajuk Rahsia Arasis).
Tuesday, June 01, 2010
Model Piawai : Panduan untuk cereka fiksyen sains
Baru-baru ini, seorang sahabat dari UPSI, saudara Faudzi
telah menulis tentang Theory of Everything [1]. Beliau telah menyebut tentang usaha untuk menggabungkan 2 teori, iaitu teori medan kuantum dan teori kerelatifan am.
Sedikit sejarah: Saya belajar fizik zarah keunsuran secara rasmi ketika berada dalam tahun ketiga. Ketika itu, pengajarnya adalah Dr. Ithnin. Rujukan utama dalam kuliah beliau adalah Particle Physics oleh Martin & Shaw. Setahun sebelum itu, saya menuruti kuliah ini secara tidak rasmi bersama Dr. Hasan yang menggunakan Introduction to Elementary Particles nukilan Griffiths sebagai rujukan utama. Bagi yang berminat, bolehlah meninjau ilmu-ilmu didalamnya.
Kalau bicara tentang unsur-unsur kimia, kita pasti teringat Jadual Berkala . Dalam fizik zarah keunsuran pula, kita ada, apa yang kita panggil Model Piawai (saudara Faudzi suka menggunakan istilah Model Lazim). Zarah-zarah asas telah dikelaskan mengikut keluarga atau generasi. Prof Wan sedikit sebanyak telah menceritakan secara ringkas. Disini, kita sama-sama menikmatinya secara rajah [2] pula. Untuk resepi zarah yang terbit dari model piawai ini, rujuk particle data group.
Barangkali, penulis-penulis sai-fai tempatan boleh menggunakan model piawai ini untuk berfantasi ;-)
[1]. http://metafizik-inderakayangan.blogspot.com/2010/05/kronologi-bersejarah-teori-segala.html
[2]. http://images.google.com/
[Nota tambahan, 2.42pm]
i. Zarah yang paling asas (elementary particle) adalah lepton dan kuark [lihat rajah-rajah diatas].
ii. Interaksi antara zarah-zarah asas ini berlaku dengan pertukaran zarah boson.
iii. Kaitan dengan sai-fai ?
- Dalam siri StarTrek, Data mempunyai otak positronik.
- Dalam bidang astrofizik, wujud bintang neutron. Kita boleh explore bintang kuark.
- Jirim gelap juga satu konsep yang boleh digunakan.
- Dalam filem Sunshine, Q-balls (yang terdiri daripada zarah supersimetri) telah digunakan untuk re-ignite the sun.
Subscribe to:
Posts (Atom)