Monday, April 11, 2016

Sekolah Fizik Zarah Kebangsaan 2016


Hadapan Bilik Seminar 1


“It is wrong to think that the task of physics is to find out how Nature is. Physics concerns what we can say about Nature” - Neils Bohr

29 Februari 2016 (Isnin)

Poster rasmi

Dek kerana minat, pada 29 Februari 2016 hingga 2 Mac 2016 yang lepas,  saya berpeluang menghadiri Sekolah Fizik Zarah Kebangsaan anjuran Pusat Fizik Zarah Kebangsaan (NCPP) bertempat di Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya.

Sekolah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, Pengarah NCPP. Menurut beliau, Sekolah kali ini adalah edisi keempat yang dianjurkan. 


Ucapan aluan

Selepas itu, sesi diteruskan dengan kuliah oleh penceramah utama, Prof Dr. Albert De Roeck yang bertajuk "Introduction to CERN and LHC".  

Sesi petang pula diteruskan oleh Dr. Ijaz Ahmed, seorang felo penyelidik NCPP, bertajuk "Introduction to Accelerator Physics" dan diikuti kuliah oleh saudara Muhammad Hafizuddin, seorang pelajar PhD, bertajuk "Detector in LHC". Saudari Maryam Salehi, seorang pelajar PhD, juga berkesempatan memberi kuliah yang bertajuk "Belle and Belle 2 Status".

Kuliah daripada Maryam


Sesi hari pertama, ditamatkan dengan kuliah oleh saudara Mohd Fadeli Md Halid, seorang pelajar MSc, yang bertajuk "Role of Trigger to Capture Physics".

1 Mac 2016 (Selasa)


Seperti semalam, kuliah hari kedua diteruskan oleh saudara Mohammad Javad Soleimani bertajuk "Beyond Standard Model".

Kuliah daripada Javad

Sebelum berjeda untuk makan tengahari, kami para pelajar didedahkan pula aspek perkomputeran di CMS oleh Mohd Adli Md Ali, seorang pelajar PhD. Kuliah beliau bertajuk "High Performance Computing @ CMS & NCPP".Pengaturcaraan Python secara "hands-on"  yang dijuga dikendalikan oleh Adli.

Sesi sebelah petang pula, kami didedahkan kepada pengaturcaraan c++ menggunakan aplikasi ROOT yang dikendalikan oleh saudari Zukhaimira Zolkapli, salah seorang pelajar PhD dan saudari Nooratikah Mohammad Nasir.

Sesi ROOT



2 Mac 2016 (Rabu)

Sesi pada hari terakhir adalah lebih santai. Sesi dimulakan dengan pembentangan ringkas oleh calon-calon pelajar dari UPM, UKM, UM, USM dan UNIMAP yang telah memohon untuk mengikuti Summer School 2016 di CERN nanti.

Pembentangan ringkas daripada wakil pelajar UPM


Difahamkan NCPP hanya memilih 3 calon sahaja.


Pembentang seterusnya

Sebelum penutup, saudari Zukhaimira Zolkapli telah berkongsi pengalaman beliau di CERN dengan pembentangan "Life at CERN".

Berkongsi pengalaman


Akhirnya, ucapan penutup Sekolah Fizik Zarah Kebangsaan telah disempurnakan oleh Prof Dr. Zainol Abidin Ibrahim.

Ucapan penutup

Selamat maju jaya kepada calon yang terpilih ke Summer School nanti!

Peserta bergambar bersama penganjur di hadapan pejabat NCPP

Friday, July 03, 2015

Good Luck !

I would like to express many thanks to all R&D team members.

R&D team. Good luck guys !

 

Thursday, July 04, 2013

Terima Kasih ...

Tidak banyak. Cuma ucapan terima kasih & selamat maju jaya.

Good Times


Tuesday, September 04, 2012

Stay Strong Bro

Stay strong bro. Doa dari kami (rakan-rakan) moga-moga cepat sembuh(recover).

Bertemu di majlis kesyukuran saudara Mu'inuddin


Note : http://kadoridesuyo.blogspot.com/2012/09/semoga-adindaku-sembuh-faudzi-umar.html

Monday, July 30, 2012

Alamak, Perlukah aku kembali mentelaah .... ?

Perkomputeran kuantum + lohong hitam + entanglement ...

Now, do i need to study string theory again ?

Friday, July 20, 2012

Ingin Belajar Teori Medan Kuantum


Biasanya, seseorang pelajar(atau sesiapa yang berminat) yang ingin mendalami fizik zarah keunsuran akan bertemu dengan subjek Teori Medan Kuantum atau dalam bahasa standard inggeris Quantum Field Theory (singkatannya QFT).

Dari segi urutannya, seorang pelajar harus melalui mekanik kuantum dan kemudian mekanik kuantum lanjutan.

Antara buku-buku asas:

1. Quantum Field Theory in a Nutshell oleh Anthony Zee.
2. Quantum Field Theory karangan Franz Mandl & Graham Shaw
3. Quantum Field Theory by Lewis H. Ryder
4. Quantum Field Theory Of Point Particles And Strings oleh Hatfield [layan]
5. Introduction to Elementary Particles oleh Griffiths [kegemaran saya yang utama, I LIKE !]
6. Particle Physics: A Comprehensive Introduction karangan A. Seiden
7. Quarks and Leptons: An Introductory Course in Modern Particle Physics oleh Halzen dan Martin

Saya tidak rekemen, melainkan anda memiliki asas yang baik dalam mekanik kuantum :
1. The Quantum Theory of Fields, Volume 1: Foundations oleh Steven Weinberg [susah giler!]
2. An Introduction To Quantum Field Theory oleh Peskin [mencabar sedikit] - Yang ini saya sempat Xerox dekat Perpustakaan Negara !

Haha, Selamat Berpuasa semua !

p/s: Saya mengandaikan pembaca budiman sudah biasa dengan kamiran & segala macam kaedah dalam fizik matematik

Wednesday, July 04, 2012

Boson baharu

Pos baharu:

Kepada pembaca yang tidak mengetahui, apabila kita menghentam zarah dengan anti-zarah (ataupun kita cuba dekatkan kedua-dua zarah & anti-zarah,elektron dan positron misalannya), satu bentuk tenaga akan terbebas. Jika pembaca masih ingat, dengan menggunakan prinsip asas fizik (prinsip keabadian tenaga misalannya), cuba kita terbalikkan proses berkenaan (yakni dari tenaga kepada jirim/zarah) : Kita akan dapat sebijik (literally-lah) zarah yang berjisim !

Bagi ahli fizik tenaga tinggi, mereka ingin 'lihat' (sebenarnya mereka harus melakukan analisis data yang kompleks [tapi kalu pembaca yang budiman biasa dengan pengaturcaraan, terutamanya c++ (ataupun fortran), ianya tidaklah terlalu kompleks]) zarah apa yang muncul apabila hentaman kedua zarah diatas pada 
tenaga tinggi.

Begitulah halnya dengan zarah Higgs yang heboh diyakini kewujudannya dengan pengumuman oleh CERN 4 Julai yang lepas.

Idea tentang zarah Higgs ini mula-mula muncul sekitar 1964 oleh tiga kumpulan yang berasingan:
  1. Broken Symmetries and the Masses of Gauge Bosons oleh Peter W. Higgs di Phys. Rev. Lett. 13, 508 (1964)
  2. Global Conservation Laws and Massless Particles oleh G. S. Guralnik, C. R. Hagen, dan T. W. Kibble di Phys. Rev. Lett. 13, 585 (1964)
  3. Broken Symmetry and the Mass of Gauge Vector Mesons oleh F. Englert and R. Brout di Phys. Rev. Lett. 13, 321 (1964) 

Menurut Guralnik, misi utama mereka ketika itu, adalah untuk mencari satu kaedah yang membolehkan pecahan simetri spontan berlaku.

Kali pertama saya berjumpa dengan istilah Higgs adalah ketika membuat projek akhir tahun bersama Ephrance Abu Ujum dibawah seliaan Dr Hasan. Namun, tajuk yang diberikan ketika itu adalah berkaitan interaksi neutrino dengan elektron dalam kerangka Model Piawai. Sedikit sebanyak sempat menekuni Model Piawai melalui buku Griffiths serta buku Halzen & Martin.

Nota lama 

Persoalan bagaimana zarah Higgs ini boleh memberi berat kepada zarah-zarah lain boleh dilihat secara visual melalui youtube.

Sedikit berkenaan dengan Model Piawai untuk fizik zarah keunsuran. Menurut Model (teori) ini, terdapat 6 zarah asas - 6 kuark dan 6 lepton - yang disusun mengikut kumpulan. Kumpulan pertama mengandungi kuark ringan, up & down, elektron & elektron-neutrino; kumpulan kedua pula kuark berat iatiu kuark strange & charm serta muan & muon-neutrino dan ketiga, kuark terberat, top & bottom bersama-sama tau & tau-neutrino. Setiap zarah diatas mempunyai anti-zarahnya masing-masing.

Model piawai ini juga mempunyai zarah  yang "membawa daya" antara zarah-zarah asas ini. Foton membawa daya keelektomagnetan; zarah-zarah berat boson W+,W- dan Z0 membawa daya elecktrolemah, 8 gluon membawa daya kuat, yang mana mengunci kuark & antikuark.

Dan bintang utama yang memberi jisim kepada zarah-zarah di atas ialah zarah Higgs boson.

Lagrangian

Apa selepas ini ? Biasanya, kajian lanjut akan dilakukan untuk mengetahui sifat/cirian zarah boson tersebut (seperti production rate cross section, decay widths).  Wakil pelajar kita di CERN tentu tidak akan melepaskan peluang mempelajari sebanyak mungkin tentang bagaimana analisis data dilakukan terutamanya untuk mendapatkan plot seperti dibawah !

                            


Pos asal:

Kata Encik Higgs, "I'm glad it happened in my lifetime".

Tahniah CMS dan ATLAS !

"We have a discovery of a Higgs boson, but which one"?