Monday, April 11, 2016

Sekolah Fizik Zarah Kebangsaan 2016


Hadapan Bilik Seminar 1


“It is wrong to think that the task of physics is to find out how Nature is. Physics concerns what we can say about Nature” - Neils Bohr

29 Februari 2016 (Isnin)

Poster rasmi

Dek kerana minat, pada 29 Februari 2016 hingga 2 Mac 2016 yang lepas,  saya berpeluang menghadiri Sekolah Fizik Zarah Kebangsaan anjuran Pusat Fizik Zarah Kebangsaan (NCPP) bertempat di Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya.

Sekolah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Dr. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, Pengarah NCPP. Menurut beliau, Sekolah kali ini adalah edisi keempat yang dianjurkan. 


Ucapan aluan

Selepas itu, sesi diteruskan dengan kuliah oleh penceramah utama, Prof Dr. Albert De Roeck yang bertajuk "Introduction to CERN and LHC".  

Sesi petang pula diteruskan oleh Dr. Ijaz Ahmed, seorang felo penyelidik NCPP, bertajuk "Introduction to Accelerator Physics" dan diikuti kuliah oleh saudara Muhammad Hafizuddin, seorang pelajar PhD, bertajuk "Detector in LHC". Saudari Maryam Salehi, seorang pelajar PhD, juga berkesempatan memberi kuliah yang bertajuk "Belle and Belle 2 Status".

Kuliah daripada Maryam


Sesi hari pertama, ditamatkan dengan kuliah oleh saudara Mohd Fadeli Md Halid, seorang pelajar MSc, yang bertajuk "Role of Trigger to Capture Physics".

1 Mac 2016 (Selasa)


Seperti semalam, kuliah hari kedua diteruskan oleh saudara Mohammad Javad Soleimani bertajuk "Beyond Standard Model".

Kuliah daripada Javad

Sebelum berjeda untuk makan tengahari, kami para pelajar didedahkan pula aspek perkomputeran di CMS oleh Mohd Adli Md Ali, seorang pelajar PhD. Kuliah beliau bertajuk "High Performance Computing @ CMS & NCPP".Pengaturcaraan Python secara "hands-on"  yang dijuga dikendalikan oleh Adli.

Sesi sebelah petang pula, kami didedahkan kepada pengaturcaraan c++ menggunakan aplikasi ROOT yang dikendalikan oleh saudari Zukhaimira Zolkapli, salah seorang pelajar PhD dan saudari Nooratikah Mohammad Nasir.

Sesi ROOT



2 Mac 2016 (Rabu)

Sesi pada hari terakhir adalah lebih santai. Sesi dimulakan dengan pembentangan ringkas oleh calon-calon pelajar dari UPM, UKM, UM, USM dan UNIMAP yang telah memohon untuk mengikuti Summer School 2016 di CERN nanti.

Pembentangan ringkas daripada wakil pelajar UPM


Difahamkan NCPP hanya memilih 3 calon sahaja.


Pembentang seterusnya

Sebelum penutup, saudari Zukhaimira Zolkapli telah berkongsi pengalaman beliau di CERN dengan pembentangan "Life at CERN".

Berkongsi pengalaman


Akhirnya, ucapan penutup Sekolah Fizik Zarah Kebangsaan telah disempurnakan oleh Prof Dr. Zainol Abidin Ibrahim.

Ucapan penutup

Selamat maju jaya kepada calon yang terpilih ke Summer School nanti!

Peserta bergambar bersama penganjur di hadapan pejabat NCPP