Monday, December 19, 2011

Anda Peminat Artakus || Fantasi || Fiksyen Sains ?

Dengan persetujuan Ahmad Patria (Abg Pat), kita akan membukukan himpunan cerpen-cerpen fantasi (puisi fantasi juga boleh) sempena menyambut Jubli Perak (25 Tahun) Permata Aurorius pada tahun hadapan, 2012. Dalam kata lain, ini juga adalah sambutan kemerdekaan Permata Aurorius daripada cengkaman DBP. Peminat-peminat Saga Artakusiad dipelawa bersama-sama Abg Pat, menghulurkan sebuah karya (cerpen/puisi) kepada kami. Untuk butiran lanjut, boleh hubungi saya ataupun Puteri Elaira. Ayuh, kita berfantasi!

Ok, untuk cerpen fantasi, boleh dihantarkan ke masdalifadzlie[at]gmail.com atas tajuk CERPEN FANTASI. Manakala puisi fantasi pula, hantarkan ke elaira4ever[at]yahoo.com atas tajuk PUISI FANTASI.

Cerpen/puisi hendaklah ditulis pada MS Word bersaiz A4 dengan font Times Roman bersaiz 12, dan perenggan double spacing. Genre cerpen/puisi mestilah fantasi. Tarikh akhir menghantar cerpen/puisi adalah 1hb Feb 2012.

Rujukan : http://www.facebook.com/groups/172972596072026/

No comments: