Monday, December 19, 2011

Anda Peminat Artakus || Fantasi || Fiksyen Sains ?

Dengan persetujuan Ahmad Patria (Abg Pat), kita akan membukukan himpunan cerpen-cerpen fantasi (puisi fantasi juga boleh) sempena menyambut Jubli Perak (25 Tahun) Permata Aurorius pada tahun hadapan, 2012. Dalam kata lain, ini juga adalah sambutan kemerdekaan Permata Aurorius daripada cengkaman DBP. Peminat-peminat Saga Artakusiad dipelawa bersama-sama Abg Pat, menghulurkan sebuah karya (cerpen/puisi) kepada kami. Untuk butiran lanjut, boleh hubungi saya ataupun Puteri Elaira. Ayuh, kita berfantasi!

Ok, untuk cerpen fantasi, boleh dihantarkan ke masdalifadzlie[at]gmail.com atas tajuk CERPEN FANTASI. Manakala puisi fantasi pula, hantarkan ke elaira4ever[at]yahoo.com atas tajuk PUISI FANTASI.

Cerpen/puisi hendaklah ditulis pada MS Word bersaiz A4 dengan font Times Roman bersaiz 12, dan perenggan double spacing. Genre cerpen/puisi mestilah fantasi. Tarikh akhir menghantar cerpen/puisi adalah 1hb Feb 2012.

Rujukan : http://www.facebook.com/groups/172972596072026/

Apa ada dengan 2011 | Saya ?

Ya,mari kita intai timeline 2011 (dari kacamata saya !)

  • DWave memperkenalkan adiabatic quantum computer
  • Versi terkini android API , versi 4 
  • neutrino bergerak lebih laju daripada cahaya. Rujuk sini. Saya suka komenter yang ini.
  • jangkaan zarah Higgs oleh pakatan ATLAS & CMS.
  • website rasmi IFM ?
  • cadangan pernyertaan pakatan Belle II
  • 1st SouthEastAsia School on Particle Physics 2011
  • berkuburnya website http://www.sai-fai.com/ 
Selamat Tahun Baru 2012 !!!

Tuesday, December 06, 2011

Mobile Post

Salam semua.

Lama sungguh tidak berblog. Ini semua gara-gara kerja yang bertimbun.

Selamat tahun baru semua !!!