Friday, January 14, 2011

Selamat Ulang Tahun ke-5 berblog....

Rupanya sudah 5 tahun saya menulis di blog. Lihat ini untuk entri pertama.

Saya harus berterima kasih kepada Prof. Wan Ahmad Tajuddin kerana beliau telah menyuntik semangat & inspirasi untuk berblog. Sedikit sebanyak, blog saya yang awal merakam pelbagai peristiwa sewaktu saya di Hamburg.

Kata beliau (kalau tidak silap),"... kalau ada blog yang mencoretkan perjalanan hidup seorang eksperimentalis (dalam fizik tenaga tinggi terutamanya), ini boleh mendorong anak-anak muda mencebur diri dalam bidang berkenaan....[barangkali beliau merujuk kepada pelajar-pelajar di jabatan fizik]". Misalnya, berblog tentang kepayahan mencari signal untuk sesuatu meson/baryon ataupun pengalaman membentangkan hasil kajian bersama ahli-ahli pakatan (collaborators).

Hari ini seorang rakan Facebook menulis :
"Bercita-cita membuat blog tentang ROOT-an object oriented data analysis frameworks supaya boleh dijadikan rujukan kawan2..InsyaALLAH..satu hari nanti..:) "

Pada saya, ini adalah masa yang tepat !

2 comments:

Ahmad Hazazi (mad) said...

Bila nak sambung pengajian sarjana sampai ke PhD ni bang? hehe..seronok tgk dh ramai yg minat..last 2 days dlm seminar quantum theory jumpa abg anuar, semangat dia sembang pasal string..haha..bila bork dikalangan para material scientists jd membisu lah org mcm saya tak tau nak masuk macam mana..dulu theoretical/experimental(particle) physics ni sonyap je..maybe "geng2" kita selalu borak kt fb n dah ada group tu yg rancak tu haha..diharapkan akan terus berkembang..

paweh said...

Sebenarnya, sedang mencari uni baru & co-supervisor utk continue my previous work(2007 punya work). Agak sedikit teknikal utk continue di UM.