Tuesday, January 25, 2011

Klasifikasi jantina

Dalam pos saya sempena tahun baru 2011, saya ada menyebut tentang algorithma LDPP.


Daripada rajah diatas [data imej yang digunakan adalah muka orang-orang malaysia {dikumpul dengan kaedah ini}], nampak ada clear seperation antara kedua-dua jantina. Ini dilakukan secara offline. Cabaran seterusnya adalah membuatkan algorithma ini membuat keputusan secara live (online) !

Monday, January 24, 2011

Ruang masa

Wahai ruang-masa
      aku adalah anak
aku juga isteri

      Wahai ruang-masa
aku adalah ibu
      aku juga menantu

                               Demi ruang-masa
                               aku akan berusaha

                    Demi ruang masa
                                              terbaik ... sentiasa

Demi ruang-masa,
                           walaupun
                           diri terbakar
                           ibarat  lilin
Namun,
kuntum-kuntum hatiku layu

Wahai ruang-masa
daku tempuhi
dgn kesabaran,
dengan kecekalan
dengan keikhlasan

Demi masa
pastinya ada ganjaran menanti

Demi ruang-masa
kekurangan +  kelemahan = horizon iktibar
kelebihan    +  kebaikan    = panduan


Alhana Lasuan,
Seri Kembangan,
23 Januari 2011

nota: adaptasi catatan dinding facebook.

Saturday, January 22, 2011

Simetri Semalam

Membaca artikel Gordon Kane mengingatkan saya terhadap minat saya ketika di tahun kedua[atau ketiga] di UM. Boleh dikatakan hampir setiap hari [jika ada masa terluang] saya ke tingkat 3 perpustakaan utama, mencari artikel berkenaan dengan superstring theory !

Ya, ketika itu Pendeta WebPac pun belum ada. Malah, akses ke sciencedirect [atau database lain] pun tiada ! Malah google pun belum sepopular sekarang. Yang ada, hanyalah kecekalan membelek jurnal [selalunya Jurnal Fizik Amerika] & majalah Scientific American & Physics Today.

Hasil akhir,  2 - 3 [rasanya lebih] kotak yang penuh dengan salinan fotostat jurnal & artikel yang saya fikirkan menarik untuk dihadamkan :D

Barangkali ada betulnya pesan orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pelajar fizik hari ini, pada saya boleh disifatkan beruntung kerana diberi banyak kemudahan [buku teks boleh rapidshare sahaja !]. Cuma yang perlu ada semangat [intrinsik] dan azam [ atau momentum] yang kuat untuk mengejar apa yang diinginkan [bukan mengejar markah A, tapi mengejar ilmu itu sendiri{atau mencabar minda sendiri}].

Simetri semalam [you can call it experience, if you want to] memang indah jika di amati. Terutama di nilai selepas 3-4 tahun selepas bergraduat. Dan lebih istimewa jika kerja anda sekarang adalah cerminan masa lepas.

Ah, simetri semalam !

Nota : Buku diatas di cadangkan untuk bacaan [ perpustakaan UM ada ! Saya pernah baca :D ]

Tuesday, January 18, 2011

Sequence of event,another angle

Excerpt from my email group:

Hasan: Syariah law prohibits Muslims from being involved in liquor trade

then since riba' is haram, muslims shouldn't be allowed to work in banks ?

insurance companies are not allowed in islam.
muslims working in the insurance companies should resign as well ?

the government has a few billion USD bond oustanding to finance the country development, they too issue short term instruments to finance working capital such as salary. these short term instruments are riba' based. so all muslim government servants should resign as well ?

It shows how deep[riba'] it is nowadays..
Bincangkan/cadangan bacaan ?


*****************************
Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa

Tiada apa ku harap
hanya dapat ku temukan
keindahan yang abadi selamanya


Friday, January 14, 2011

Selamat Ulang Tahun ke-5 berblog....

Rupanya sudah 5 tahun saya menulis di blog. Lihat ini untuk entri pertama.

Saya harus berterima kasih kepada Prof. Wan Ahmad Tajuddin kerana beliau telah menyuntik semangat & inspirasi untuk berblog. Sedikit sebanyak, blog saya yang awal merakam pelbagai peristiwa sewaktu saya di Hamburg.

Kata beliau (kalau tidak silap),"... kalau ada blog yang mencoretkan perjalanan hidup seorang eksperimentalis (dalam fizik tenaga tinggi terutamanya), ini boleh mendorong anak-anak muda mencebur diri dalam bidang berkenaan....[barangkali beliau merujuk kepada pelajar-pelajar di jabatan fizik]". Misalnya, berblog tentang kepayahan mencari signal untuk sesuatu meson/baryon ataupun pengalaman membentangkan hasil kajian bersama ahli-ahli pakatan (collaborators).

Hari ini seorang rakan Facebook menulis :
"Bercita-cita membuat blog tentang ROOT-an object oriented data analysis frameworks supaya boleh dijadikan rujukan kawan2..InsyaALLAH..satu hari nanti..:) "

Pada saya, ini adalah masa yang tepat !

Thursday, January 13, 2011

Berita menarik hari ini...

Ini barangkali berita menarik untuk hari ini (sekurang-kurangnya dalam fizik zarah)




p/s: tahniah buat saudari mira atas kejayaan beliau.

Wednesday, January 12, 2011

Kembali kepada pengaturcaraan...

Setelah lama membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan paten, kini saya kembali menulis JAVA !

 

p/s : don't you think this song should deserved an award :D

Tuesday, January 11, 2011

Sekolah Fizik Zarah Keunsuran di Kuala Lumpur

Saya tolong war-warkan sahaja....Hanya RM80 sahaja...ayuh...

http://belle.kek.jp/~higuchit/SEAsianSchool/

Thursday, January 06, 2011

Salam Tahun Baru 2011

Salam Tahun Baru semua....

Sengaja saya menulis pada tarikh ini kerana menunggu 1 Safar 1432.

Antara yang menu yang menanti tahun ini :
Doakan kejayaan saya...