Monday, December 19, 2011

Anda Peminat Artakus || Fantasi || Fiksyen Sains ?

Dengan persetujuan Ahmad Patria (Abg Pat), kita akan membukukan himpunan cerpen-cerpen fantasi (puisi fantasi juga boleh) sempena menyambut Jubli Perak (25 Tahun) Permata Aurorius pada tahun hadapan, 2012. Dalam kata lain, ini juga adalah sambutan kemerdekaan Permata Aurorius daripada cengkaman DBP. Peminat-peminat Saga Artakusiad dipelawa bersama-sama Abg Pat, menghulurkan sebuah karya (cerpen/puisi) kepada kami. Untuk butiran lanjut, boleh hubungi saya ataupun Puteri Elaira. Ayuh, kita berfantasi!

Ok, untuk cerpen fantasi, boleh dihantarkan ke masdalifadzlie[at]gmail.com atas tajuk CERPEN FANTASI. Manakala puisi fantasi pula, hantarkan ke elaira4ever[at]yahoo.com atas tajuk PUISI FANTASI.

Cerpen/puisi hendaklah ditulis pada MS Word bersaiz A4 dengan font Times Roman bersaiz 12, dan perenggan double spacing. Genre cerpen/puisi mestilah fantasi. Tarikh akhir menghantar cerpen/puisi adalah 1hb Feb 2012.

Rujukan : http://www.facebook.com/groups/172972596072026/

Apa ada dengan 2011 | Saya ?

Ya,mari kita intai timeline 2011 (dari kacamata saya !)

  • DWave memperkenalkan adiabatic quantum computer
  • Versi terkini android API , versi 4 
  • neutrino bergerak lebih laju daripada cahaya. Rujuk sini. Saya suka komenter yang ini.
  • jangkaan zarah Higgs oleh pakatan ATLAS & CMS.
  • website rasmi IFM ?
  • cadangan pernyertaan pakatan Belle II
  • 1st SouthEastAsia School on Particle Physics 2011
  • berkuburnya website http://www.sai-fai.com/ 
Selamat Tahun Baru 2012 !!!

Tuesday, December 06, 2011

Mobile Post

Salam semua.

Lama sungguh tidak berblog. Ini semua gara-gara kerja yang bertimbun.

Selamat tahun baru semua !!!


Thursday, June 30, 2011

Tidak Lama dahulu : Sambungan ...

Sambungan daripada pos dahulu.

Imej di sebelah adalah sebahagian kecil kod PAW untuk mencari j/psi. Apabila sudah reti, ianya sangat fun :D





 Kebetulan pada masa yang sama, Piala Dunia sedang berlangsung !

Thursday, June 23, 2011

Tidak Lama dahulu ...

Lima tahun telah berlalu sejak plot pertama j/psi saya. J/Psi adalah sejenis meson. Dalam plot ini, j/psi terhasil dari pelanggaran elektron dengan proton di pengesan ZEUS.

Bagaimana hendak mencari j/psi ? Cari sahaja elektron/positron atau muon/antimuon & rekonstruk j/psi.

Nampak macam senang bukan ? Tetapi kod yang digunakan, kalau dicetak di atas kertas A4, dalam 4-5 mukasurat jugaklah.

Kajian lain di ZEUS boleh dilihat di sini.

Plot di atas dijanakan menggunakan perisian PAW dan bahasanya adalah Fortan77. Kebetulan pula  fotran merupakan bahasa kedua yang saya belajar selepas Pascal (semasa ASASI) .

Sekarang, ramai sudah beralih menggunakan perisian ROOT daripada PAW. Lagi pun c++ lebih memberi nilai tambah kepada pelajar/penyelidik daripada fortan77.




Cuba bayangkan betapa kompleks kod untuk pencari Higgs Boson atau zarah Supersimetri. ! Kalau anda perasan, luminositi LHC sedang diusahakan > 1fb^1 :-D



Wednesday, June 15, 2011

Tiada Gingerbread

Kemaskini 1/7/2011 : Nampaknya, ada berita gembira .... kena unroot ? :D

Bagi pemilik HTC Desire, berita yang tidak best hari ini ialah Desire stuck with Froyo ....

Go root now ....

 Imej : Oxygen ROM , bateri bertahan > 1hari .

Tuesday, May 31, 2011

Mei oh Mei ...

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Lahir Mama 
[dan selamat pengantin baru buat man in black]

 Selamat Hari Lahir untuk pemandu & Salam Hari Ibu untuk yang tersayang
Siapa sangka, dia pergi dulu ... Al-Fatihah buat nenda






Tuesday, April 19, 2011

Self -note ....


Kemaskini 14/7/2011: 

Hboot dengan Oxygen table.

Carta perbandingan peranti HTC (oversimplified !!!)




Kemaskini 2/7/2011 :  Sedikit nota rujukan untuk MalaysiaN ANDROIDians .

P/S : Seperti biasa, saya tidak bertanggungjawab jika peranti anda brick ! Adalah menjadi tugas anda untuk melawati forum-forum berwibawa untuk pertanyaan atau update terkini jika peranti anda sudah root+installed with custom rom.
.
ADB / Fastboot


1. android SDK  : android-sdk_r11-windows.zip  (Versi terkini) [  saya menggunakan versi android-sdk_r07-windows.]

Dalam folder tools, akan ada fail fastboot.exe 



  • Klik SDK Manager.exe
  • Pada tingkap " Android SDK and AVD Manager " , pilih "Available packages"
  • Pada tingkap " Choose Packages to Install " , pilih "Android SDK Platform-tools,revision 5[*] " dan " Google USB Driver Package, revision 4"
  • Klik accept & install
Selasai download, akan ada folder baru :
(i) extras  <===== disini google driver
(ii) platform-tools <===== disini adb tool

Utk version  android-sdk_r11, adb tool berada dalam folder berasingan dengan fastboot [ dalam android-sdk_r7 kedua-dua dalam folder yang sama]. Barangkali untuk tidak memeningkan kepala, muaturun sahaja  android-sdk_r07-windows.

2. Md5 Checker :download disini .

imej : pilih fail untuk diperiksa MD5

  salah                                               betul


Reboot HTC anda ke bootloader (tanpa memasang USB ke PC)

Kemudian, sambung HTC anda ke PC:


Setelah berjaya, setting di atas, buka command line pada windows dan pergi ke folder  android-sdk yang telah di muaturun tadi. Sekarang anda sudah bersedia untuk proses fastboot !!

Imej : di sini saya sedang flash hboot baharu utk Desire.


Pos Asal :



  • Images posted here are only for my self-note. Above image was my 1st attempt to s-off. It failed because i've dalvik-cache2SD script running. 
  • Flash LeeDrOiD_v2.2f_No_A2SD in my 2nd attempt & in less than 7min, i got s-0ff :D
  • flashed oxygen hboot & i'm done

Thursday, March 31, 2011

Itu dia


Not many updates,
  • recently active again in research after long development work :D
  • eagerly waiting for PBAKL 2011
  • wifey new blog....

Tuesday, March 22, 2011

Kemaskini terkini

Maaf, lama menyepi. Bulan ini saya sibuk menyelia seorang pelajar dari MMU & juga sibuk dengan ini dan ini.

Antara lain yang menarik:
  1. Sekolah Fizik Zarah Asia Tenggara yang pertama sudah selesai. Saudara Tanpa Nama ada melaporkannya di sini.
  2. Mendapat komputer riba baharu ( Vostro 1200 -> ThinkPad T410). Baru semalam berjaya setup CUDA menggunkan plug-in ini.
  3. Lepas ini boleh mencuba ini (kalau ada masa terluang !! )

Tuesday, February 22, 2011

Selamat Hari Jadi Isteri

Happy birthday buat isteri tercinta....

"...When things get tough, you may have to hang in there and believed they'll get better.."

Ayoh

In loving memories...Al-Fatihah

My father's name is Mat Jusoh bin Hussin. He was born on 22 Feb 1949
at Kota Bharu, Kelantan. He has two brothers and no sister. My
father's elder brother's name is Capt. Haji Salleh bin Hussin. He is
an army captain at Royal Military College while his younger brother,
Ismail bin Hussin is a police inspector at Bukit Aman.

                My grandfather, Hj. Hussin bin Hamat is a farmer and
grandmother, Limah binti Besar is a peraih or petty trader. My father
was educated from standard 1 to standard 6 at SK Parang Puting,
Pengkalan Chepa from 1956 until 1961. Then at lower secondary level
from 1962 to 1964 at Sultan Ismail College. After obtaining first
grade in his lower certificate of education (LCE) he continued his study at
Sekolah Menengah Alam Shah, Cheras, KL from 1965 to 1968. In 1966 he
sat for SPM where he pass.... [ this part is lost ]

He continued his study at University of Malaya from 1970 until 1972.
In early 1973 he received his honours degree in Sociology and
Anthropology.

He started working Public services dept from 5th March until 30th June
1980. From 1st July 1980 he was transferred to immigration dept KL. On
1st of July 1985 he was transferred to ministry of home affairs. Then
again he was transferd back  to immigration dept on 1 Jan 1988 as director of
Johor State. He was transfer back  to immigration kl on 1st mac 1991 and from
1st July this year he was transferred back to public services dept until
now.

During his school days my father was an active student besides being a
school prefect, class monitor, he holds various position in school
association. He also a school's athlete and play various games for
his class, house and school. While at university , my father was active in
student union. He also an editor for Mahasiswa Negara. That is a
newspaper published by Student Union of the univ. My father married
to my mother in 1979 and now he has 7 children

Note :  This transcript was a copy of my English class assignment [ 1994 or 1995]

Monday, February 07, 2011

Tuesday, January 25, 2011

Klasifikasi jantina

Dalam pos saya sempena tahun baru 2011, saya ada menyebut tentang algorithma LDPP.


Daripada rajah diatas [data imej yang digunakan adalah muka orang-orang malaysia {dikumpul dengan kaedah ini}], nampak ada clear seperation antara kedua-dua jantina. Ini dilakukan secara offline. Cabaran seterusnya adalah membuatkan algorithma ini membuat keputusan secara live (online) !

Monday, January 24, 2011

Ruang masa

Wahai ruang-masa
      aku adalah anak
aku juga isteri

      Wahai ruang-masa
aku adalah ibu
      aku juga menantu

                               Demi ruang-masa
                               aku akan berusaha

                    Demi ruang masa
                                              terbaik ... sentiasa

Demi ruang-masa,
                           walaupun
                           diri terbakar
                           ibarat  lilin
Namun,
kuntum-kuntum hatiku layu

Wahai ruang-masa
daku tempuhi
dgn kesabaran,
dengan kecekalan
dengan keikhlasan

Demi masa
pastinya ada ganjaran menanti

Demi ruang-masa
kekurangan +  kelemahan = horizon iktibar
kelebihan    +  kebaikan    = panduan


Alhana Lasuan,
Seri Kembangan,
23 Januari 2011

nota: adaptasi catatan dinding facebook.

Saturday, January 22, 2011

Simetri Semalam

Membaca artikel Gordon Kane mengingatkan saya terhadap minat saya ketika di tahun kedua[atau ketiga] di UM. Boleh dikatakan hampir setiap hari [jika ada masa terluang] saya ke tingkat 3 perpustakaan utama, mencari artikel berkenaan dengan superstring theory !

Ya, ketika itu Pendeta WebPac pun belum ada. Malah, akses ke sciencedirect [atau database lain] pun tiada ! Malah google pun belum sepopular sekarang. Yang ada, hanyalah kecekalan membelek jurnal [selalunya Jurnal Fizik Amerika] & majalah Scientific American & Physics Today.

Hasil akhir,  2 - 3 [rasanya lebih] kotak yang penuh dengan salinan fotostat jurnal & artikel yang saya fikirkan menarik untuk dihadamkan :D

Barangkali ada betulnya pesan orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Pelajar fizik hari ini, pada saya boleh disifatkan beruntung kerana diberi banyak kemudahan [buku teks boleh rapidshare sahaja !]. Cuma yang perlu ada semangat [intrinsik] dan azam [ atau momentum] yang kuat untuk mengejar apa yang diinginkan [bukan mengejar markah A, tapi mengejar ilmu itu sendiri{atau mencabar minda sendiri}].

Simetri semalam [you can call it experience, if you want to] memang indah jika di amati. Terutama di nilai selepas 3-4 tahun selepas bergraduat. Dan lebih istimewa jika kerja anda sekarang adalah cerminan masa lepas.

Ah, simetri semalam !

Nota : Buku diatas di cadangkan untuk bacaan [ perpustakaan UM ada ! Saya pernah baca :D ]

Tuesday, January 18, 2011

Sequence of event,another angle

Excerpt from my email group:

Hasan: Syariah law prohibits Muslims from being involved in liquor trade

then since riba' is haram, muslims shouldn't be allowed to work in banks ?

insurance companies are not allowed in islam.
muslims working in the insurance companies should resign as well ?

the government has a few billion USD bond oustanding to finance the country development, they too issue short term instruments to finance working capital such as salary. these short term instruments are riba' based. so all muslim government servants should resign as well ?

It shows how deep[riba'] it is nowadays..
Bincangkan/cadangan bacaan ?


*****************************
Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang Maha Esa

Tiada apa ku harap
hanya dapat ku temukan
keindahan yang abadi selamanya


Friday, January 14, 2011

Selamat Ulang Tahun ke-5 berblog....

Rupanya sudah 5 tahun saya menulis di blog. Lihat ini untuk entri pertama.

Saya harus berterima kasih kepada Prof. Wan Ahmad Tajuddin kerana beliau telah menyuntik semangat & inspirasi untuk berblog. Sedikit sebanyak, blog saya yang awal merakam pelbagai peristiwa sewaktu saya di Hamburg.

Kata beliau (kalau tidak silap),"... kalau ada blog yang mencoretkan perjalanan hidup seorang eksperimentalis (dalam fizik tenaga tinggi terutamanya), ini boleh mendorong anak-anak muda mencebur diri dalam bidang berkenaan....[barangkali beliau merujuk kepada pelajar-pelajar di jabatan fizik]". Misalnya, berblog tentang kepayahan mencari signal untuk sesuatu meson/baryon ataupun pengalaman membentangkan hasil kajian bersama ahli-ahli pakatan (collaborators).

Hari ini seorang rakan Facebook menulis :
"Bercita-cita membuat blog tentang ROOT-an object oriented data analysis frameworks supaya boleh dijadikan rujukan kawan2..InsyaALLAH..satu hari nanti..:) "

Pada saya, ini adalah masa yang tepat !

Thursday, January 13, 2011

Berita menarik hari ini...

Ini barangkali berita menarik untuk hari ini (sekurang-kurangnya dalam fizik zarah)




p/s: tahniah buat saudari mira atas kejayaan beliau.

Wednesday, January 12, 2011

Kembali kepada pengaturcaraan...

Setelah lama membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan paten, kini saya kembali menulis JAVA !

 

p/s : don't you think this song should deserved an award :D

Tuesday, January 11, 2011

Sekolah Fizik Zarah Keunsuran di Kuala Lumpur

Saya tolong war-warkan sahaja....Hanya RM80 sahaja...ayuh...

http://belle.kek.jp/~higuchit/SEAsianSchool/

Thursday, January 06, 2011

Salam Tahun Baru 2011

Salam Tahun Baru semua....

Sengaja saya menulis pada tarikh ini kerana menunggu 1 Safar 1432.

Antara yang menu yang menanti tahun ini :
Doakan kejayaan saya...