Thursday, October 14, 2010

Lagu di hujung alam sana... ?

Memerah otak untuk sesuatu yang luar biasa...




Sambil buat jom layan ini sekejap...




Bila dah siap nanti bolehlah menarik nafas lega... :D

Thursday, October 07, 2010

Workshop on SuperB Physics

Maaf kepada para pembaca yang  menanti update dari saya berkenaan dengan workshop berkenaan dengan KEK.

Agak sibuk sikit kerana kehilangan CEO. Berita lanjut boleh rujuk di sini dan sini. Beliau merupakan seorang CEO dan sahabat baik.

Back to SuperB physics. Antara pengisiannya:


  1. Pembentangan oleh  Dr Masanori Yamauchi , "Overview of physics program at KEK"
  2. Pembentangan oleh Dr Takeo Higuchi, "Physics at SuperKEKB"
  3. Pembentangan oleh Dr Hirotaka Nakai " SuperKEKB accelerator"
  4. Pembentangan oleh Masayami Yokoyama " KEK International Cooperative Projects"
Berikut apa yang saya faham :
  • Jemputan mana-mana IPT untuk menyertai pakatan Belle (penyelidikan dalam CP violation) atau Belle 2 (penyelidikan dalam CP violation with higher intensity)
  • penyertaaan ini barangkali dibawah seliaan Agensi Nuklear Malaysia sebagai secretariat
  • jemputan menyertai mesyuarat pakatan di KEK (open meeting...siapa yang berminat boleh join)
  • Pihak KEK sedang dalam usaha menarik negara asia tenggara untuk menyertai pakatan
 Jadi siapa-siapa yang berminat CP violation...boleh lah mendaftar sebagai pelajar sekarang :-)


Update note : Kepada pembaca yang hadir...boleh la tambah-tambah yang saya tertinggal...  
Another note : Senarai tesis Belle 1

Monday, October 04, 2010

Workshop on Proposal for Project Collaboration with CERN

Salam kepada semua pembaca.

Siang tadi, saya berkesempatan menghadiri 'Workshop on Proposal for Project Collaboration with CERN' di Agensi Nuklear Malaysia (ANM).

Catitan awal bolehlah dirujuk di blog saudara Metafizik.

Berikut merupakan perkara-perkara yang dibincangkan :

4 kumpulan perbincangan dibuat
i) detector(nanomaterial/medical imaging) [Team leader : Prof Saifollah(uitm)
ii) grid computing ( Team leader : Dr Abdul Aziz,ANM)
iii)electronics ( Team leader : Prof Zainol, UM)
iv) data analysis dan teori (Team leader : Prof Madya Dr Hasan, UM)

Kepada pembaca yang berminat, bolehlah menghubungi orang-orang diatas. Juga dimaklumkan, akan ada sesi perbincangan susulan utk setiap kumpulan.

Perbincangan merupakan sesi brainstorming untuk come-up Proposal untuk di submit utk RMK-10 nanti.

Saya, obviously tergolong dalam kumpulan iv. Untuk tujuan proposal ini, kami came up dengan 3 bidang kajian:

- TOP physics
- Higgs physics
- SUSY

Fasilitator perbicangan kumpulan iv tadi ialah Prof Wan Ahmad Tajuddin (on behalf Dr Hasan). Ada juga cadangan untuk membuat crash-course on particle physics & hands-on untuk Data analysis. Juga dibincangkan untuk mengadakan ala-ala summer school. Namun, masih belum diputuskan lagi.

Esok, workshop untuk SuperB physics pula. Nantikan update seterusnya,  esok, insya-allah.

Update note : Kepada pembaca yang hadir...boleh la tambah-tambah yang saya tertinggal...