Tuesday, August 31, 2010

Perihal Fizik Zarah Tenaga Tinggi 2

Saya berkesempatan mengikuti DESY SUMMER SCHOOL 2006.

Berikut saya senaraikan nota-nota kuliah untuk rujukan pembaca budiman:
Diharap ini dapat dijadikan panduan untuk mereka yang berminat.

Saturday, August 28, 2010

Perihal Fizik Zarah Tenaga Tinggi 1

Saya amat gembira melihat perkembangan fizik tenaga tinggi di Malaysia setelah seorang sahabat melaporkannya di blog beliau.

Post beliau di Facebook juga mendapat reaksi yang berbeza-beza di kalangan fizikawan tempatan.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman peribadi sewaktu kumpulan fizik zarah UM mula-mula berpakat dengan pakatan ZEUS.

  • antara pelajar-pelajar awal yang terlibat ialah saya sendiri (berhenti separuh jalan kerana masalah peribadi), cik Zulidza (kini di Sime Darby) & Pn Faridah (wakil Agensi Nuklear Malaysia)
  • seperti yang tertulis di website ZEUS-Malaysia, tugas asasi kami ialah "reimplementation of Read-out Control of ZEUS calorimeter.
  • waktu ini, saya diarahkan belajar bahasa verilog dan website ini menjadi teman setia saya ketika itu
Biasanya, setiap institut yang terlibat dalam satu-satu pakatan, akan bertanggungjawab terhadap beberapa komponen dekat detector. Misalnya, satu universti dari Jepun bertanggungjawab terhadap system trigger untuk detector ZEUS. Manakala, satu universiti dari Itali bertanggungjawab terhadap Muon detector.Ini adalah salah satu sebab kenapa author untuk paper fizik tenaga tinggi mempunyai bilangan yang ramai. (Kerana semua terlibat, baik dalam hal ehwal kebajikan detector & integriti data yang dikumpulkan).

Apabila bercakap berkenaan dengan masalah fizik pula, sebenarnya banyak masalah yang boleh dipilih (ya, sama ada anda pilih masalah sendiri atau mendapat syor daripada supervisor anda). Misalnya dalam pakatan ZEUS, terdapat beberapa kumpulan. Perkara yang sama juga untuk pakatan-pakatan yang lain.

Ok, jika anda baru hendak berkecimpung dalam bidang ini, apa yang diperlukan ?
Pada pendapat saya, ini merupakan cabaran utama kepada bakal pelajar.Ilmu fizik kita boleh belajar sendiri & berbincang dengan rakan-rakan. Tetapi mengaturcara memerlukan pendedahan & pengalaman cuba jaya sendiri.

bersambung...

Tuesday, August 24, 2010

Berbengkel bersama Sang Android

Minggu depan saya akan berbengkel dengan Sang Android kelolaan Sage.

Oh ya, apa applikasi fizik yang gempak atas Android ek ? [ amaran: bukan CPU intensive apps tau !!]

Thursday, August 12, 2010

Selamat berpuasa....

Ayuh merebut keberkatannya...dan memaksimakan yang sepatutnya ;-)


p/s : Ah...kenangan lalu....berbuka tanpa nasi...