Tuesday, June 01, 2010

Model Piawai : Panduan untuk cereka fiksyen sains


Baru-baru ini, seorang sahabat dari UPSI, saudara Faudzi 
telah menulis tentang Theory of Everything [1]. Beliau telah menyebut tentang usaha untuk menggabungkan 2 teori, iaitu teori medan kuantum dan teori kerelatifan am.



Sedikit sejarah: Saya belajar fizik zarah keunsuran secara rasmi ketika berada dalam tahun ketiga. Ketika itu, pengajarnya adalah Dr. Ithnin. Rujukan utama dalam kuliah beliau adalah Particle Physics oleh Martin & Shaw. Setahun sebelum itu, saya menuruti kuliah ini secara tidak rasmi bersama Dr. Hasan yang menggunakan Introduction to Elementary Particles nukilan Griffiths sebagai rujukan utama. Bagi yang berminat, bolehlah meninjau ilmu-ilmu didalamnya.

Kalau bicara tentang unsur-unsur kimia, kita pasti teringat Jadual Berkala . Dalam fizik zarah keunsuran pula, kita ada, apa yang kita panggil Model Piawai (saudara Faudzi suka menggunakan istilah Model Lazim). Zarah-zarah asas telah dikelaskan mengikut keluarga atau generasi. Prof Wan sedikit sebanyak telah menceritakan secara ringkas. Disini, kita sama-sama menikmatinya secara rajah [2] pula. Untuk resepi zarah yang terbit dari model piawai ini, rujuk particle data group.






Barangkali, penulis-penulis sai-fai tempatan boleh menggunakan model piawai ini untuk berfantasi ;-)

[1]. http://metafizik-inderakayangan.blogspot.com/2010/05/kronologi-bersejarah-teori-segala.html
[2]. http://images.google.com/


[Nota tambahan, 2.42pm]

i. Zarah yang paling asas (elementary particle) adalah lepton dan kuark [lihat rajah-rajah diatas].
ii. Interaksi antara zarah-zarah asas ini berlaku dengan pertukaran zarah boson.
iii. Kaitan dengan sai-fai ?
  1. Dalam siri StarTrek, Data mempunyai otak positronik.
  2. Dalam bidang astrofizik, wujud bintang neutron. Kita boleh explore bintang kuark.
  3. Jirim gelap juga satu konsep yang boleh digunakan.
  4. Dalam filem Sunshine, Q-balls (yang terdiri daripada zarah supersimetri) telah digunakan untuk re-ignite  the sun.
  5.  

2 comments:

Anonymous said...

Penulis sai-fai apa yer?

Faudzi

paweh said...

Bro, sai-fai = sains fiksyen + fantasi ( term by Puan Ainon [PTS]).

Penulis fizik dalam blog ini lebih terarah untuk memberi input buat penulis-penulis sai-fai tempatan.

Sebab ? Kebanyakan novel/cerpen fiksyen sains mutakhir ini, lebih tertumpu tema biologi/kimia. (Barangkali kerana senang grasp konsep).