Thursday, May 20, 2010

Menjadi Jawa (III) ?

Ku intai,

di kala ini,

kufaham jua.

Namum,

bengong seketika.

buku tidak beguna ?

Wednesday, May 19, 2010

Sai - fai : Tema Lohong Hitam (II)

Apabila berbicara tentang wormhole (saya tak tahu nak panggil apa dalam bahasa melayu. Lohong Cacing ? Kelakar betul bunyinya), ia mengingatkan saya kepada seorang sahabat, Saudara Anuar. Tesis sarjana beliau bertajuk "Slowly rotating spherically symmetric wormhole with a cosmological constant"(2004). Perkembangan terkini, beliau sedang menyambung Phd dalam bidang fizik wormhole juga, tetapi dalam kontek String theory.

Bagi pelajar fizik di sini, subjek ini amat tidak menarik. Sebabnya, sukar !! Prasyaratnya untuk belajar fizik wormhole :
  1. Kerelatifan Khas
  2. Ilmu vektor
  3. Ilmu tensor
  4. Kerelatifan Am
Huh, bosan bukan ?

Baiklah, persoalan sekarang, bagaimana hendak menggunakan wormhole dalam penulisan sai-fai ? 

" Kejap, biar saya fikir dahulu..."


Tuesday, May 18, 2010

Sai - fai : Tema Lohong Hitam (I)

Tulisan ini ditujukan khas buat peminat sai-fai di tanahair malaysia.

Sepanjang pengetahuan saya, tidak ramai penulis fiksyen sains tempatan yang menggunakan tema lohong hitam (orang putih panggil black hole, ;-)) dalam karya mereka.

Saudara Ahmad Patria dalam antologi Mustafa (diterbitkan dalam Dewan Kosmik pada 1990-an), ada secara sepintas lalu menyebut lohong hitam. Dalam karya beliau, konsep lohong hitam telah digunapakai untuk penyebaran umat manusia ke serata Bimasakti.

Saudara Firdaus Arif (penulis Saga Empayar Kristal) secara tidak langsung turut menggunakan konsep lohong hitam dalam cerpennya Gapura Dimensi. Dalam kes ini, ia digunakan untuk ke dimensi lain.

Baiklah,sekarang beralih kepada fakta sedikit.

Kewujudan lohong hitam dibenarkan menurut Teori Kerelatifan Am Einstein (Oh ya, ada satu lagi teori Einstein -Teori Kerelatifan Khas- yang kita mengenalinya dengan persamaan E=mc^2). Secara mudahnya, teori ini menyatakan graviti dalam sebenarnya suatu lengkungan dalam fabrik ruang-masa. Di belek sejarah, seorang fizikawan Jerman, Karl Schwarzchild, telah menggunakan teori Einstein ini, untuk menunjukkan ,jika sebuah bintang yang besar (lebih besar dari matahari kita) dimampatkan ke dalam satu titik (ya, titik noktah yang sering kita tulis di atas kertas tu),bintang itu akan menghasilkan satu kuasa medan graviti yang cukup kuat, hinggakan cahaya (dari bintang itu sendiri) tidak dapat keluar ! Tetapi, ada satu sempadan dimana cahaya boleh bebas dari cengkaman graviti iaitu "ufuk peristiwa" (event horizon). Pusat (core) lohong hitam pula dipanggil titik singular (singularity).


Kita tinggalkan kerelatifan am, dan tumpu kepada apa yang kita boleh pakai untuk penulisan cerpen/novel.

Untuk mengggunakan lohong hitam untuk tujuan ke dimensi/ruang/tempat lain dalam galaksi kita, anda perlu:

1. Cari lohong hitam berat jisimnya (supermassive blackhole). Contoh yang terdekat adalah pusat galaksi bima sakti sendiri.

2. Cari lohong hitam yang berputar macam gasing ( spinning blackhole)

3. Cari lohong hitam yang telah lanjut usianya

Tujuan ketiga-tiga ciri di atas adalah untuk mengelakkan Si Pengembara ( yang nak masuk lohong hitam tu lah) mati akibat dirobek oleh graviti di titik singular.

Bacaan tambahan :
1. membongkar misteri lohong hitam penyedut kosmos
2. Black holes

Menjadi Jawa (II) ?

Sambung dari sini.Tiada kata dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini (bertungkus lumus belajar Java dalam masa yang amat singkat). Lagu ini menceritakan semuanya:


Monday, May 17, 2010

Hampir-hampir terjebak

Ah, saya hampir-hampir ingin membeli buku Supersymmetry DeMYSTiFied. Tapi mengenangkan, ilmu teori medan kuantum (QFT) belum cukup mantap (hanya selesai Quantum Field Theory Demystified, belum lagi buku standard macam Peskin), maka tak jadi nak beli.







Sebenarnya, saya ingin membeli buku pengaturcaraan Java. Saya lebih suka mencari buku yang lebih numerical sifatnya (sebab background saya begitu). Tapi kebanyakannya lebih computer science (CS) oriented. Tak banyak pilihan, jadi saya sambar buku yang paling murah kat situ. Harap-harap berbaloi !!!
 Nota: Gambar ihsan amazon.com

Friday, May 14, 2010

Ranking Universiti Kita 2010

Kemaskini 19 Mei, petikan dari Utusan Online. Berikut intipati dari Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia:

i. 6 tahun dulu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi ingin memasukkan penarafan sebagai salah satu kriteria kecemerlangan bagi sesuatu universiti di Malaysia


ii.  Wujud kepincangan dalam kaedah dan pemilihan serta penakrifan kriteria yang digunakan (mengikut Phil Baty, pegawai utama THES)


iii. usaha THES-QS lebih berbau komersial daripada ilmiah. Yakni bertujuan untuk melariskan jualan penerbitan masing-masing dengan menjadikan penarafan sebagai tarikannya.


iv. wujud sepakatan untuk melariskan pangkalan data tertentu sebagai satu perkongsian perniagaan yang menaja penarafan


 v. penarafan lebih cenderung kepada nilai dan amalan norma Barat, misalnya dengan mengambil kira penerbitan berbahasa Inggeris atau Sepanyol (mengapa Sepanyol pula?) sahaja, atau sumber yang mirip kepada budaya Barat. 


vi. kerangka penarafan dilakukan tanpa mendapat pandangan mahupun suabalik daripada institusi yang disasarkan sebagai 'peserta' dalam penarafan yang dicadangkan. 


vii. tidak kurang juga para 'peserta' menaja aktiviti penarafan tersebut secara langsung atau tidak - termasuk membuat pengiklanan tertentu - di laman sesawang pihak penaraf. Ini jelas menunjukkan percanggahan dan tidak beretika (conflict of interest) dan menggambarkan amalan songsang dengan dunia akademik. 






Post yang asal : 


1. Zaman saya prasiswazah dahulu tiada sistem ranking ini.

2. Sekarang universiti kita sibuk memperbaiki ranking masing-masing.

3. Semakin ramai pelajar luar negara datang belajar pascasiswazah di tempat kita.

4. Perlu ke ranking ini sebenarnya?

5. Sekurang-kurangnya, pelajar-pelajar kita ada peluang membuat penyelidikan dan publish result di jurnal antarabangsa (ISI-cited publication)

Nota: Gambar ihsan Malaysiakini

Monday, May 10, 2010

Menjadi Jawa ?

Saya masih teringat sewaktu pertama kali berbual dengan Sergei Chekanov. Waktu itu, saya hanya tahu bicara dalam bahasa Fortran ( analisis data untuk Fizik Tenaga Tinggi ). Ketika itu juga saya mendapat salinan data beliau untuk analisis Pentakuark.

Menurut beliau, saya harus belajar C++ (sebab fizikawan di LHC ramai yang menggunakan ROOT )atau Java.

Saya, take for granted nasihat beliau ketika itu. Sekarang - di tempat kerja saya- ada keperluan untuk saya mempelajari Java.

How ironic ;-)

Nota : Sekurang-kurang terdapat kerjaya sebagai pengaturcara untuk graduan Fizik.