Tuesday, December 07, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah & Selamat datang gingerbread

Kemaskini 20 Disember 2010 : Kod sumber Gingerbread sudah pun ada. 


Salam tahun baru hijrah buat pembaca yang budiman.

Berita gembira buat peminat Android. Versi terkini 2.3 telah pun keluar sebentar tadi.

Tidak sabar menunngu kod sumbernya diletakkan atas domain public.

Thursday, November 11, 2010

Saya dan android

Kemaskini 6/7/2011 | 4 Syaaban 1432 : berikut adalah profile setcpu yang digunakan untuk htc desire. Perhatikan, nilai maksimum frekuensi di setkan pada 998 Mhz ( Saya tidak mahu overclock).


 Kemaskini 30/6/2011 | 28 Rejab 1432 : Setahu saya bagi pengguna HTC, sebelum memulakan proses root, adalah dinasihatkan untuk menyalin [ atau screenshot software information peranti android anda untuk tujuan unroot.Setahu saya juga, tidak perlu s-off untuk root



Fail yang untuk tujuan unroot boleh didapati di sini.




Kemaskini 6/12/10 | 29 Zulhijjah 1431 : CyanogenMod sudah saya tinggalkan kerana tidak support A2SD+. Sekarang , sama ada DeFrost atau Oxigen
 


Kemaskini  25/11/10 : Sudah bosan dengan MIUI sebab banyak bug [ lagipun masih versi beta !]. Beralih kepada CyanogenMod pula. :D
Kemaskini 15/11/10 : Senarai lengkap ROM untuk Desire disini 




Kemaskini 13/11/10 :  Semalam saya beralih kepada perisa MIUI pula versi RoDrIgUeZsTyLe. Rasa seperti memiliki iPhone pula. Memiliki peranti Android mengingatkan saya zaman-zaman mencuba pelbagai perisai Linux.

Pos Asal :

Semalam saya berjaya root kan HTC Desire saya & juga mem-"flash"-kannya dengan perisa lain.

Panduan bagaimana untuk root boleh rujuk disini .


dan saya kini menggunakan android perisan LeeDroid v2.2f.

Kini ia lebih pantas...

Thursday, October 14, 2010

Lagu di hujung alam sana... ?

Memerah otak untuk sesuatu yang luar biasa...




Sambil buat jom layan ini sekejap...




Bila dah siap nanti bolehlah menarik nafas lega... :D

Thursday, October 07, 2010

Workshop on SuperB Physics

Maaf kepada para pembaca yang  menanti update dari saya berkenaan dengan workshop berkenaan dengan KEK.

Agak sibuk sikit kerana kehilangan CEO. Berita lanjut boleh rujuk di sini dan sini. Beliau merupakan seorang CEO dan sahabat baik.

Back to SuperB physics. Antara pengisiannya:


  1. Pembentangan oleh  Dr Masanori Yamauchi , "Overview of physics program at KEK"
  2. Pembentangan oleh Dr Takeo Higuchi, "Physics at SuperKEKB"
  3. Pembentangan oleh Dr Hirotaka Nakai " SuperKEKB accelerator"
  4. Pembentangan oleh Masayami Yokoyama " KEK International Cooperative Projects"
Berikut apa yang saya faham :
  • Jemputan mana-mana IPT untuk menyertai pakatan Belle (penyelidikan dalam CP violation) atau Belle 2 (penyelidikan dalam CP violation with higher intensity)
  • penyertaaan ini barangkali dibawah seliaan Agensi Nuklear Malaysia sebagai secretariat
  • jemputan menyertai mesyuarat pakatan di KEK (open meeting...siapa yang berminat boleh join)
  • Pihak KEK sedang dalam usaha menarik negara asia tenggara untuk menyertai pakatan
 Jadi siapa-siapa yang berminat CP violation...boleh lah mendaftar sebagai pelajar sekarang :-)


Update note : Kepada pembaca yang hadir...boleh la tambah-tambah yang saya tertinggal...  
Another note : Senarai tesis Belle 1

Monday, October 04, 2010

Workshop on Proposal for Project Collaboration with CERN

Salam kepada semua pembaca.

Siang tadi, saya berkesempatan menghadiri 'Workshop on Proposal for Project Collaboration with CERN' di Agensi Nuklear Malaysia (ANM).

Catitan awal bolehlah dirujuk di blog saudara Metafizik.

Berikut merupakan perkara-perkara yang dibincangkan :

4 kumpulan perbincangan dibuat
i) detector(nanomaterial/medical imaging) [Team leader : Prof Saifollah(uitm)
ii) grid computing ( Team leader : Dr Abdul Aziz,ANM)
iii)electronics ( Team leader : Prof Zainol, UM)
iv) data analysis dan teori (Team leader : Prof Madya Dr Hasan, UM)

Kepada pembaca yang berminat, bolehlah menghubungi orang-orang diatas. Juga dimaklumkan, akan ada sesi perbincangan susulan utk setiap kumpulan.

Perbincangan merupakan sesi brainstorming untuk come-up Proposal untuk di submit utk RMK-10 nanti.

Saya, obviously tergolong dalam kumpulan iv. Untuk tujuan proposal ini, kami came up dengan 3 bidang kajian:

- TOP physics
- Higgs physics
- SUSY

Fasilitator perbicangan kumpulan iv tadi ialah Prof Wan Ahmad Tajuddin (on behalf Dr Hasan). Ada juga cadangan untuk membuat crash-course on particle physics & hands-on untuk Data analysis. Juga dibincangkan untuk mengadakan ala-ala summer school. Namun, masih belum diputuskan lagi.

Esok, workshop untuk SuperB physics pula. Nantikan update seterusnya,  esok, insya-allah.

Update note : Kepada pembaca yang hadir...boleh la tambah-tambah yang saya tertinggal...

Sunday, September 26, 2010

Post pertama dari telefon android

Alhamdulillah, prototaip pertama saya untuk Android telah pun siap. Sebab itu lama menyepi...
Published with Blogger-droid v1.6.0

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri 1431H


Buat pengunjung blog, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga-moga kita bergraduat dengan cemerlang di Universiti Ramadan yang lalu.

Tuesday, August 31, 2010

Perihal Fizik Zarah Tenaga Tinggi 2

Saya berkesempatan mengikuti DESY SUMMER SCHOOL 2006.

Berikut saya senaraikan nota-nota kuliah untuk rujukan pembaca budiman:
Diharap ini dapat dijadikan panduan untuk mereka yang berminat.

Saturday, August 28, 2010

Perihal Fizik Zarah Tenaga Tinggi 1

Saya amat gembira melihat perkembangan fizik tenaga tinggi di Malaysia setelah seorang sahabat melaporkannya di blog beliau.

Post beliau di Facebook juga mendapat reaksi yang berbeza-beza di kalangan fizikawan tempatan.

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman peribadi sewaktu kumpulan fizik zarah UM mula-mula berpakat dengan pakatan ZEUS.

  • antara pelajar-pelajar awal yang terlibat ialah saya sendiri (berhenti separuh jalan kerana masalah peribadi), cik Zulidza (kini di Sime Darby) & Pn Faridah (wakil Agensi Nuklear Malaysia)
  • seperti yang tertulis di website ZEUS-Malaysia, tugas asasi kami ialah "reimplementation of Read-out Control of ZEUS calorimeter.
  • waktu ini, saya diarahkan belajar bahasa verilog dan website ini menjadi teman setia saya ketika itu
Biasanya, setiap institut yang terlibat dalam satu-satu pakatan, akan bertanggungjawab terhadap beberapa komponen dekat detector. Misalnya, satu universti dari Jepun bertanggungjawab terhadap system trigger untuk detector ZEUS. Manakala, satu universiti dari Itali bertanggungjawab terhadap Muon detector.Ini adalah salah satu sebab kenapa author untuk paper fizik tenaga tinggi mempunyai bilangan yang ramai. (Kerana semua terlibat, baik dalam hal ehwal kebajikan detector & integriti data yang dikumpulkan).

Apabila bercakap berkenaan dengan masalah fizik pula, sebenarnya banyak masalah yang boleh dipilih (ya, sama ada anda pilih masalah sendiri atau mendapat syor daripada supervisor anda). Misalnya dalam pakatan ZEUS, terdapat beberapa kumpulan. Perkara yang sama juga untuk pakatan-pakatan yang lain.

Ok, jika anda baru hendak berkecimpung dalam bidang ini, apa yang diperlukan ?
Pada pendapat saya, ini merupakan cabaran utama kepada bakal pelajar.Ilmu fizik kita boleh belajar sendiri & berbincang dengan rakan-rakan. Tetapi mengaturcara memerlukan pendedahan & pengalaman cuba jaya sendiri.

bersambung...

Tuesday, August 24, 2010

Berbengkel bersama Sang Android

Minggu depan saya akan berbengkel dengan Sang Android kelolaan Sage.

Oh ya, apa applikasi fizik yang gempak atas Android ek ? [ amaran: bukan CPU intensive apps tau !!]

Thursday, August 12, 2010

Selamat berpuasa....

Ayuh merebut keberkatannya...dan memaksimakan yang sepatutnya ;-)


p/s : Ah...kenangan lalu....berbuka tanpa nasi...

Friday, July 30, 2010

Wajah baru....azam baru.

Sekali lagi, saya menukar template kepada yang lebih simple ( at least simple for me).

Pagi tadi, saya singgah di ofis lama untuk berbincang tentang hasrat saya untuk menyambung kembali pengajian yang tertangguh.

Yey ;-)

Friday, July 23, 2010

Saya merindui ...

[Kemaskini 27 Julai 2010] : Dari ICHEP 2010

Pencarian Higgs
 
 Penghasilan W boson

[Posting Asal]
Setelah lama bergelumang dengan pengaturcaraan Java sejak akhir-akhir ini, tiba-tiba terasa rindu pula pada kerja-kerja penyelidikan.

Yap, i missed particle(event) reconstruction...in FORTRAN 77 !

Nota : people already move to ROOT already-lah...

Friday, July 09, 2010

Opera Angkasa ?


Post ini bukan resensi buku Sdr Nazri Annuar.

Saya ingin mengajak pembaca untuk menonton Star Trek : Enterprise.  Kepada penulis sai-fai yang ingin mencari bahan untuk menulis tentang pengembaraan angkasa, possible technology yang physics related, politik masa hadapan, cerita ini sesuai dengan anda. Bagi saya, Star Trek adalah hard SF.

Pendek kata -pada pendapat saya - siri yang ini, mengeksploitasi tema  "first human deep space adventure"

Antara yang menarik untuk difikirkan :
  • photon sequencing untuk teknologi hologram
  • konsep temporal cold war
  • first warp-drive 4.5  engine (Bumi - Neptun -Bumi dalam masa 6 minit ) [ 4.4 billion km x 2]
  • penggunanaan teknologi transportasi (transporter)
  • interstellar terrorist
  • quantum engineering, quantum beacon, subspace band
  • antimatter warhead
 dan banyak lagi.

Nota :  Siri ketiga paling syok.

    Wednesday, July 07, 2010

    Ehem, syukurlah...


    Alhamdulillah, sdr Shazri (kedua dari kanan) telah membentangkan 2 kertas kerja di Cybernatics and Intelligenr Systems on Robotics, Automation and Mechatronics. Beliau mewakili saya membentangkan kertas bertajuk "LogAbout Mapping of Self Quotient Image".

    Terima kasih juga kepada sdr Tommy(ketiga dari kanan) yang bertindak sebagai moderator ;-)

    Secara kasar, kami ingin lihat samada teknik fusion antara image filter boleh improve face recognition rate. Ini satu contoh pakatan akademik & industri. Syabas semua !

    Barangkali, di masa lain saya akan cuba terangkan.

    Monday, July 05, 2010

    Senarai Cerpen Fiksyen Sains dari Dewan Kosmik

    Untuk tujuan rujukan dan manfaat bersama. Dewan Kosmik yang terakhir saya beli adalah keluaran Feb 2007. 

    Dewan Kosmik, bil 1, jilid 1, sezaman dengan komik-komik Hong Kong seperti Juara Wira, Pedang Setiawan, Alam Perwira, Raja Rimba dan lain. 


    Kesimpulan peribadi: Cerpen (novel pun sama) yang menggunakan tema fizik seperti teleportasi, merentas masa, hyperspace, wormhole/blackhole, komputer kuantum, dan lain-lain masih kurang (sangat-sangat kurang). Cerpen (novel pun sama) kita masih berlegar dalam ruang lingkup biologi dan kimia. Barangkali sebab konsep fizik susah nak  visualize ? Pesan orang-orang tua: Malu bertanya sesat jalan

    Dari koleksi peribadi:
    Januari 1993 - Perisai Ciro, Hizairi Othman
    Februari 1993 - Pengembaraan , Dhojee
    Mac 1993 - Megalit , Ain
    April 1993 - RB -1, Jalaluddin Abd. Rahman
    Mei 1993 - Pendirian, Nor Hairulnizam Wahid
    - AMUK 1 , Ahmad Patria Abdullah
    Jun 1993 - AMUK 2, Ahmad Patria Abdullah
    Julai 1993 - AMUK 3 , Ahmad Patria Abdullah
    Ogos 1993 - Maisara 1, Ahmad Patria Abdullah
    September 1993 - Maisara 2 ,Ahmad Patria Abdullah
    Oktober 1993 - Maisara 3, Ahmad Patria Abdullah
    November 1993 - Maisara 4, Ahmad Patria Abdullah
    Ogos 1994 - Kala Merah 1, Ahmad Patria Abdullah
    September 1994 - Kala Merah 2, Ahmad Patria Abdullah
    November 1994 - Kala Merah 3, Ahmad Patria Abdullah
    Januari 1995 - Obelisk 1, Ahmad Patria Abdullah
    Februari 1995 - Obelisk 2, Ahmad Patria Abdullah
    Jun 1995 - Mustang 3, Ahmad Patria Abdullah
    Julai 1995 - Mustang 4, Ahmad Patria Abdullah
    Oktober 1995 - Epsilon 2, Ahmad Patria Abdullah
    November 1995 - Epsilon 3, Ahmad Patria Abdullah
    April 2003 - Jentayu II , SMahadzir
    Jun 2003 - Makan dan Perang di Vion Crust 1,
    Oktober 2003 - Sebuah Fenomena Dunia Niskala, SMahadzir
    November 2003 - Teropong Qum , SMahadzir
    Disember 2003 - Anak Sindrom II , SMahadzir


    Wednesday, June 30, 2010

    Tahyul ? Jom...

    Seorang rakan pejabat selalu mengejek saya dengan perkataan seperti tahyul, sains fiksyen & star wars.

    Sebabnya?

    Kerana saya peminat tegar fiksyen sains ;-)





    Nota : saya tidak pernah membaca novel Harry Potter ;-)

    Tuesday, June 29, 2010

    Quantum Entanglement ?

    Quantum Entanglement @ macrosopic level ? Linear collider. Parallel universe ?

    Cuba tonton Flashforward.

    Wednesday, June 16, 2010

    Merentas masa dengan LP ?

    Hawking pada 1992 cuba menyanggah bahawa merentasi masa adalah mustahil. Lihat chronology protection conjecture.

    Sejak itu, banyak cubaan dari fizikawan untuk membuktikan sebaliknya. Barangkali, ilmu matematik yang kita tahu hari ini belum cukup.

    Friday, June 11, 2010

    Jadi Kaya dengan Harta Intelek ?

    Pada 9 -10 Jun, saya berkesempatan menghadiri Intellectual Property Monetisation Conference 2010 di PWTC.

    Ini merupakan pendedahan rasmi peratama terhadap harta intelek. Di Malaysia, agensi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ini adalah Myipo.



    Persoalan yang menarik untuk ditanya. Apakah maksud harta intelek ?


    Rajah: dari laman Myipo

    Dalam laman web Myipo, terdapat 6 item yang tergolong dalam kategori harta intelek. Bagi definasi, bolehlah klik pada setiap satu item tersebut.

    Yang mustahaknya, jika anda ada idea tentang apa-apa perkara dan mempunyai nilai dari sudut duit, boleh sahaja anda failkan patent, trade mark atau lain-lain di atas.

    Rajah :  slide dari Mr. Soo Earn

    Rajah di atas memperlihatkan kita tentang kitaran harta intelek.

    Satu lagi persoalan: 

    Dalam kontek sebuah syarikat, barangkali rajah diatas relevan (atas faktor-faktor dana), tetapi bagaimana pula dalam konteks individu ? 

    Berita perdana boleh rujuk di Berita Harian dan Utusan.

    nota: insya-allah, di lain waktu saya akan kongsikan input dari penceramah.

    Tuesday, June 08, 2010

    Nilai diri ?

    Rumus diatas saya dapat daripada seorang kawan yang berkecimpung dalam bidang insurans.

    Rumus diatas digunakan pakai untuk menginsuranskan pendapatan anda sekiranya berlaku musibah keatas diri anda (syarat-syaratnya barangkali perlu dirujuk agen insurans sendiri).

    Nilai 0.10 adalah nilai yang boleh diubah-ubah. Disini , kita assume anggap dividen ASB ialah 10% (maybe less).

    Katakanlah gaji anda sebulan RM 2,000 dan anda mempunyai keluarga untuk ditangggung (isteri atau ibu/bapa/adik2). Berdasarkan rumus diatas, nilai diri anda adalah = RM264,000

    Friday, June 04, 2010

    Penantian bakal berakhir ?

    Post ini lanjutan daripada sini. Akhirnya, saya mendapat reply dari pihak dawama.

    Thursday, June 03, 2010

    Kantok ketika mengaturcara ?

    Kepala dah tak center akibat melibat k0d-kod,
    ubatnya :






    Lagu asal disini, tapi versi yang ini lebih menarik.




    nota: Lagu zaman-zaman sekolah

    Wednesday, June 02, 2010

    Melengkapkan Koleksi Saga Artakusiad

                                   

    Baru sahaja selesai puchase beli 3 buku siri saga artakusiad dari Dawama, yang masih tiada dalam koleksi saya. Permata Aurorius, Puteri Alindalia dan Pedang Aurora .

    Seterusnya, adalah terus berdoa agar Abang Pat dapat menyelesaikan buku yang ke-8 (khabarnya bertajuk Rahsia Arasis).

    Tuesday, June 01, 2010

    Model Piawai : Panduan untuk cereka fiksyen sains


    Baru-baru ini, seorang sahabat dari UPSI, saudara Faudzi 
    telah menulis tentang Theory of Everything [1]. Beliau telah menyebut tentang usaha untuk menggabungkan 2 teori, iaitu teori medan kuantum dan teori kerelatifan am.



    Sedikit sejarah: Saya belajar fizik zarah keunsuran secara rasmi ketika berada dalam tahun ketiga. Ketika itu, pengajarnya adalah Dr. Ithnin. Rujukan utama dalam kuliah beliau adalah Particle Physics oleh Martin & Shaw. Setahun sebelum itu, saya menuruti kuliah ini secara tidak rasmi bersama Dr. Hasan yang menggunakan Introduction to Elementary Particles nukilan Griffiths sebagai rujukan utama. Bagi yang berminat, bolehlah meninjau ilmu-ilmu didalamnya.

    Kalau bicara tentang unsur-unsur kimia, kita pasti teringat Jadual Berkala . Dalam fizik zarah keunsuran pula, kita ada, apa yang kita panggil Model Piawai (saudara Faudzi suka menggunakan istilah Model Lazim). Zarah-zarah asas telah dikelaskan mengikut keluarga atau generasi. Prof Wan sedikit sebanyak telah menceritakan secara ringkas. Disini, kita sama-sama menikmatinya secara rajah [2] pula. Untuk resepi zarah yang terbit dari model piawai ini, rujuk particle data group.






    Barangkali, penulis-penulis sai-fai tempatan boleh menggunakan model piawai ini untuk berfantasi ;-)

    [1]. http://metafizik-inderakayangan.blogspot.com/2010/05/kronologi-bersejarah-teori-segala.html
    [2]. http://images.google.com/


    [Nota tambahan, 2.42pm]

    i. Zarah yang paling asas (elementary particle) adalah lepton dan kuark [lihat rajah-rajah diatas].
    ii. Interaksi antara zarah-zarah asas ini berlaku dengan pertukaran zarah boson.
    iii. Kaitan dengan sai-fai ?
    1. Dalam siri StarTrek, Data mempunyai otak positronik.
    2. Dalam bidang astrofizik, wujud bintang neutron. Kita boleh explore bintang kuark.
    3. Jirim gelap juga satu konsep yang boleh digunakan.
    4. Dalam filem Sunshine, Q-balls (yang terdiri daripada zarah supersimetri) telah digunakan untuk re-ignite  the sun.
    5.  

    Thursday, May 20, 2010

    Menjadi Jawa (III) ?

    Ku intai,

    di kala ini,

    kufaham jua.

    Namum,

    bengong seketika.

    buku tidak beguna ?

    Wednesday, May 19, 2010

    Sai - fai : Tema Lohong Hitam (II)

    Apabila berbicara tentang wormhole (saya tak tahu nak panggil apa dalam bahasa melayu. Lohong Cacing ? Kelakar betul bunyinya), ia mengingatkan saya kepada seorang sahabat, Saudara Anuar. Tesis sarjana beliau bertajuk "Slowly rotating spherically symmetric wormhole with a cosmological constant"(2004). Perkembangan terkini, beliau sedang menyambung Phd dalam bidang fizik wormhole juga, tetapi dalam kontek String theory.

    Bagi pelajar fizik di sini, subjek ini amat tidak menarik. Sebabnya, sukar !! Prasyaratnya untuk belajar fizik wormhole :
    1. Kerelatifan Khas
    2. Ilmu vektor
    3. Ilmu tensor
    4. Kerelatifan Am
    Huh, bosan bukan ?

    Baiklah, persoalan sekarang, bagaimana hendak menggunakan wormhole dalam penulisan sai-fai ? 

    " Kejap, biar saya fikir dahulu..."


    Tuesday, May 18, 2010

    Sai - fai : Tema Lohong Hitam (I)

    Tulisan ini ditujukan khas buat peminat sai-fai di tanahair malaysia.

    Sepanjang pengetahuan saya, tidak ramai penulis fiksyen sains tempatan yang menggunakan tema lohong hitam (orang putih panggil black hole, ;-)) dalam karya mereka.

    Saudara Ahmad Patria dalam antologi Mustafa (diterbitkan dalam Dewan Kosmik pada 1990-an), ada secara sepintas lalu menyebut lohong hitam. Dalam karya beliau, konsep lohong hitam telah digunapakai untuk penyebaran umat manusia ke serata Bimasakti.

    Saudara Firdaus Arif (penulis Saga Empayar Kristal) secara tidak langsung turut menggunakan konsep lohong hitam dalam cerpennya Gapura Dimensi. Dalam kes ini, ia digunakan untuk ke dimensi lain.

    Baiklah,sekarang beralih kepada fakta sedikit.

    Kewujudan lohong hitam dibenarkan menurut Teori Kerelatifan Am Einstein (Oh ya, ada satu lagi teori Einstein -Teori Kerelatifan Khas- yang kita mengenalinya dengan persamaan E=mc^2). Secara mudahnya, teori ini menyatakan graviti dalam sebenarnya suatu lengkungan dalam fabrik ruang-masa. Di belek sejarah, seorang fizikawan Jerman, Karl Schwarzchild, telah menggunakan teori Einstein ini, untuk menunjukkan ,jika sebuah bintang yang besar (lebih besar dari matahari kita) dimampatkan ke dalam satu titik (ya, titik noktah yang sering kita tulis di atas kertas tu),bintang itu akan menghasilkan satu kuasa medan graviti yang cukup kuat, hinggakan cahaya (dari bintang itu sendiri) tidak dapat keluar ! Tetapi, ada satu sempadan dimana cahaya boleh bebas dari cengkaman graviti iaitu "ufuk peristiwa" (event horizon). Pusat (core) lohong hitam pula dipanggil titik singular (singularity).


    Kita tinggalkan kerelatifan am, dan tumpu kepada apa yang kita boleh pakai untuk penulisan cerpen/novel.

    Untuk mengggunakan lohong hitam untuk tujuan ke dimensi/ruang/tempat lain dalam galaksi kita, anda perlu:

    1. Cari lohong hitam berat jisimnya (supermassive blackhole). Contoh yang terdekat adalah pusat galaksi bima sakti sendiri.

    2. Cari lohong hitam yang berputar macam gasing ( spinning blackhole)

    3. Cari lohong hitam yang telah lanjut usianya

    Tujuan ketiga-tiga ciri di atas adalah untuk mengelakkan Si Pengembara ( yang nak masuk lohong hitam tu lah) mati akibat dirobek oleh graviti di titik singular.

    Bacaan tambahan :
    1. membongkar misteri lohong hitam penyedut kosmos
    2. Black holes

    Menjadi Jawa (II) ?

    Sambung dari sini.Tiada kata dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini (bertungkus lumus belajar Java dalam masa yang amat singkat). Lagu ini menceritakan semuanya:


    Monday, May 17, 2010

    Hampir-hampir terjebak

    Ah, saya hampir-hampir ingin membeli buku Supersymmetry DeMYSTiFied. Tapi mengenangkan, ilmu teori medan kuantum (QFT) belum cukup mantap (hanya selesai Quantum Field Theory Demystified, belum lagi buku standard macam Peskin), maka tak jadi nak beli.







    Sebenarnya, saya ingin membeli buku pengaturcaraan Java. Saya lebih suka mencari buku yang lebih numerical sifatnya (sebab background saya begitu). Tapi kebanyakannya lebih computer science (CS) oriented. Tak banyak pilihan, jadi saya sambar buku yang paling murah kat situ. Harap-harap berbaloi !!!
     Nota: Gambar ihsan amazon.com

    Friday, May 14, 2010

    Ranking Universiti Kita 2010

    Kemaskini 19 Mei, petikan dari Utusan Online. Berikut intipati dari Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia:

    i. 6 tahun dulu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi ingin memasukkan penarafan sebagai salah satu kriteria kecemerlangan bagi sesuatu universiti di Malaysia


    ii.  Wujud kepincangan dalam kaedah dan pemilihan serta penakrifan kriteria yang digunakan (mengikut Phil Baty, pegawai utama THES)


    iii. usaha THES-QS lebih berbau komersial daripada ilmiah. Yakni bertujuan untuk melariskan jualan penerbitan masing-masing dengan menjadikan penarafan sebagai tarikannya.


    iv. wujud sepakatan untuk melariskan pangkalan data tertentu sebagai satu perkongsian perniagaan yang menaja penarafan


     v. penarafan lebih cenderung kepada nilai dan amalan norma Barat, misalnya dengan mengambil kira penerbitan berbahasa Inggeris atau Sepanyol (mengapa Sepanyol pula?) sahaja, atau sumber yang mirip kepada budaya Barat. 


    vi. kerangka penarafan dilakukan tanpa mendapat pandangan mahupun suabalik daripada institusi yang disasarkan sebagai 'peserta' dalam penarafan yang dicadangkan. 


    vii. tidak kurang juga para 'peserta' menaja aktiviti penarafan tersebut secara langsung atau tidak - termasuk membuat pengiklanan tertentu - di laman sesawang pihak penaraf. Ini jelas menunjukkan percanggahan dan tidak beretika (conflict of interest) dan menggambarkan amalan songsang dengan dunia akademik. 






    Post yang asal : 


    1. Zaman saya prasiswazah dahulu tiada sistem ranking ini.

    2. Sekarang universiti kita sibuk memperbaiki ranking masing-masing.

    3. Semakin ramai pelajar luar negara datang belajar pascasiswazah di tempat kita.

    4. Perlu ke ranking ini sebenarnya?

    5. Sekurang-kurangnya, pelajar-pelajar kita ada peluang membuat penyelidikan dan publish result di jurnal antarabangsa (ISI-cited publication)

    Nota: Gambar ihsan Malaysiakini

    Monday, May 10, 2010

    Menjadi Jawa ?

    Saya masih teringat sewaktu pertama kali berbual dengan Sergei Chekanov. Waktu itu, saya hanya tahu bicara dalam bahasa Fortran ( analisis data untuk Fizik Tenaga Tinggi ). Ketika itu juga saya mendapat salinan data beliau untuk analisis Pentakuark.

    Menurut beliau, saya harus belajar C++ (sebab fizikawan di LHC ramai yang menggunakan ROOT )atau Java.

    Saya, take for granted nasihat beliau ketika itu. Sekarang - di tempat kerja saya- ada keperluan untuk saya mempelajari Java.

    How ironic ;-)

    Nota : Sekurang-kurang terdapat kerjaya sebagai pengaturcara untuk graduan Fizik.

    Friday, April 30, 2010

    Samurai...

    Ah..Hamburg...



    Cerita memang best. 

    Bersimulasi dengan komputer kuantum

    Baru sahaja mendapat salinan paper Quantum computer simulation using the CUDA programming model daripada saudara Nahar (pengajar PASUM).

    Sebenar, saya sedang menghadam kertas Face Recognition by Using. Unitary Vector Spaces.

    Kalau boleh simulasi face recognition dalam konteks kuantum atas CUDA menarik bukan?

    Pautan ini memberikan senarai simulator berkenaan komputer kuantum. Sesiapa yang berminat, selamat mencuba.

    Thursday, April 29, 2010

    Hmm....Lagu Ini

    Sejak berkerja di Cyberjaya, rajin juga mendengar lagu ini.



    Nota: Lirik lagu agak Fantasy ala2 LOTR. & Saya bukan Black Metal !! ;-)

    Alpa Dunia

    Ku bertanya pada diri ini
    jika dalam Ramadhan

    daku terleka
    gagal merebut rahmat
    alpa dunia

    di hati..

    mengintai

    mencari damai

    =Hamburg,Okt 2006=

    Tuesday, April 27, 2010

    Sketsa Kehidupan : Prolog


    Kerja jauh di Cyberjaya


    Di waktu pulang sesak


    Namun, Hassan Cafe mengubat lara di hati

    Kita hanya mampu merancang

    Al-Fatihah buat Guruku

    Jauh di Putrajaya, masih sempat bergembira

    Dan berdiskusi bijak


    Tapi daku merindui ...


    Nota: Inspired by metafizik-inderakayangan.blogspot.com