0

Salam dari Yazd, Iran

Salam semua. Gambar akan diupload kemudian. Internet agak mahal, 60000 iran riyal untuk 5 jam, untuk 200mb.

0

Anda Peminat Artakus || Fantasi || Fiksyen Sains ?

Dengan persetujuan Ahmad Patria (Abg Pat), kita akan membukukan himpunan cerpen-cerpen fantasi (puisi fantasi juga boleh) sempena menyambut Jubli Perak (25 Tahun) Permata Aurorius pada tahun hadapan, 2012. Dalam kata lain, ini juga adalah sambutan kemerdekaan Permata Aurorius daripada cengkaman DBP. Peminat-peminat Saga Artakusiad dipelawa bersama-sama Abg Pat, menghulurkan sebuah karya (cerpen/puisi) kepada kami. Untuk butiran lanjut, boleh hubungi saya ataupun Puteri Elaira. Ayuh, kita berfantasi!

Ok, untuk cerpen fantasi, boleh dihantarkan ke masdalifadzlie[at]gmail.com atas tajuk CERPEN FANTASI. Manakala puisi fantasi pula, hantarkan ke elaira4ever[at]yahoo.com atas tajuk PUISI FANTASI.

Cerpen/puisi hendaklah ditulis pada MS Word bersaiz A4 dengan font Times Roman bersaiz 12, dan perenggan double spacing. Genre cerpen/puisi mestilah fantasi. Tarikh akhir menghantar cerpen/puisi adalah 1hb Feb 2012.

Rujukan : http://www.facebook.com/groups/172972596072026/
0

Apa ada dengan 2011 | Saya ?

Ya,mari kita intai timeline 2011 (dari kacamata saya !)

  • DWave memperkenalkan adiabatic quantum computer
  • Versi terkini android API , versi 4 
  • neutrino bergerak lebih laju daripada cahaya. Rujuk sini. Saya suka komenter yang ini.
  • jangkaan zarah Higgs oleh pakatan ATLAS & CMS.
  • website rasmi IFM ?
  • cadangan pernyertaan pakatan Belle II
  • 1st SouthEastAsia School on Particle Physics 2011
  • berkuburnya website http://www.sai-fai.com/ 
Selamat Tahun Baru 2012 !!!
0

Mobile Post

Salam semua.

Lama sungguh tidak berblog. Ini semua gara-gara kerja yang bertimbun.

Selamat tahun baru semua !!!


0

Tidak Lama dahulu : Sambungan ...

Sambungan daripada pos dahulu.

Imej di sebelah adalah sebahagian kecil kod PAW untuk mencari j/psi. Apabila sudah reti, ianya sangat fun :D





 Kebetulan pada masa yang sama, Piala Dunia sedang berlangsung !

0

Tidak Lama dahulu ...

Lima tahun telah berlalu sejak plot pertama j/psi saya. J/Psi adalah sejenis meson. Dalam plot ini, j/psi terhasil dari pelanggaran elektron dengan proton di pengesan ZEUS.

Bagaimana hendak mencari j/psi ? Cari sahaja elektron/positron atau muon/antimuon & rekonstruk j/psi.

Nampak macam senang bukan ? Tetapi kod yang digunakan, kalau dicetak di atas kertas A4, dalam 4-5 mukasurat jugaklah.

Kajian lain di ZEUS boleh dilihat di sini.

Plot di atas dijanakan menggunakan perisian PAW dan bahasanya adalah Fortan77. Kebetulan pula  fotran merupakan bahasa kedua yang saya belajar selepas Pascal (semasa ASASI) .

Sekarang, ramai sudah beralih menggunakan perisian ROOT daripada PAW. Lagi pun c++ lebih memberi nilai tambah kepada pelajar/penyelidik daripada fortan77.




Cuba bayangkan betapa kompleks kod untuk pencari Higgs Boson atau zarah Supersimetri. ! Kalau anda perasan, luminositi LHC sedang diusahakan > 1fb^1 :-D



0

Tiada Gingerbread

Kemaskini 1/7/2011 : Nampaknya, ada berita gembira .... kena unroot ? :D

Bagi pemilik HTC Desire, berita yang tidak best hari ini ialah Desire stuck with Froyo ....

Go root now ....

 Imej : Oxygen ROM , bateri bertahan > 1hari .
0

Kerja & Anak buah

Banyak pula keroja ....
  • CMMI documentation
  • Android apps update (nak update/repair UI)
  • gender classification research ....
Selain di atas, menanti :

  • 2 orang anak buah baru ....yeay ....
  • adik ipar baru ....
 [ lepas ni, tambah 2 kerusi lagi...]
Back to Top